Friday, August 28, 2009

(gua) gua tau, azan je boleh makan

ini cerita zaman gua sekolah dulu.

gua ngan kawan2 gua da standby nak bukak pose kat dewan makan. time2 bulan pose ni makanan makcik dining masak tu kira boleh makan la. kalo tak bulan pose tu, lipan pun ada ada gua punye mee goreng. nasib baik gua tak mutasi jadi lipan man. kalo tak, jenuh gua nak kena beli kasut banyak2. tu belum kira lagi daging lembu kena langgar lari, udang berkulit keras, ikan jaket, sayur kacang panjang takde vitamin, mee goreng kering sampai nak makan pun kena letak air teh o, argh! banyak lagi la.

sesi menunggu berbuka pose memang mendebarkan. nasi ayam da depan mata. kalo time bulan tak pose, nasi ayam ni menu ari jumaat je kitorang dapat makan. manu nasi ayam merupakan tahap tertinggi la dalam senarai menu kat dining sekolah gua. sama ngan tahap ji fat wat hikmat api syurga meragut lalang la dia punye level.

waktu berbuka kul 7.20. dewan makan da memang penuh. ustaz2 gua dok kat meja special. nampak ada ketidaksamaan gender di situ. kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? huh!

tiba2 azan berkumandang. ada satu mamat bangun jadi kepala nak baca doa bukak pose. gua dengar perkataan "allah" je, segelas air sirap sejuk gua dah telan. mak gua pesan, tak baik lambatkan berbuka. gua ikut pesan mak gua. tapi gua pelik, azan kali ni sekerat jalan je. mamat pembaca doa pun duduk membisu. budak2 da kecoh. gua da start letak sup kat nasik kasik banjir. air sirap da refill. apekejadahnya ni azan sekerat2. gua bajet speaker masjid gua rosak. gua da nak start makan. kawan2 gua pun sume tahap segelas air memang da telan.

cis bedebah! rupenya bilal aritu terazan awal. pesen bilal tak reti tengok jam gamaknya. mungkin jam dia dok ikut masjidil haram, nak tunjuk alim punye pasal. gua rasa agak panas ati. nasik gua nampak macam da kembang. dah jadi nasik air. ada lagi 10 minit lagi time betul2 bukak pose. nasib baik gua dan telan air sirap sejuk tadi. ilang gak sket panas ati gua!

huh!

8 comments:

Anonymous said...

"allah" je, segelas air sirap sejuk gua dah telan.

- hahahahahh! harem sungguh ayat kau disini. lawak doo. :P

oh ya.
semua DM kat malaysia memang menu yang same ke?

ikan bawal masak merah.
telur pecah2 masak merah.
daging ape tah masak kuneng2 cokelat tu.

standard hari jumaat je nasi ayam.

huh.

memang 1 malaysia betullah.

lily_namakuratu_ said...

brengsekkk..hahahaha...
pesen lapo xhengat pe da ar tuh..
mengong lu,bang..

mmg ar 1 Malaysia..
paling top,ikan jeket...

okedkama said...

uitm tmpt gua lg byk lauk special..

kerang masak tomyam
kulit lembu masak merah
lalat masak kicap
daging masak air
keli salai masak lemak
ayam masak air

semua melazatkan gua..yela dapat makan free

iluvcolours said...

hak3..mmg zmn sekolah btol la..cm knk2

Luca DK said...

lalat masak kicap tu kira antara terlegend!

iamredranger said...

lawak r ko ni..

mr_bread said...

gua dulu...anak itik masin...gua punyala saving simpan kuning dulu,tgok2 dalam kuning tlor tu siap ade paruh...muntah disitu juga...

Luca said...

mr,
tu kat filipina top tu mknan tu. ballut nama dia!