Thursday, December 30, 2010

Hari ke-3 : Medikal cekkap

"Cuba lu cerita apa sebenarnya strategi lu sambung belajar ni?" tanya Pidomat masa gua kol dia tanya camne nak kawtim saman. Gua ada 6 saman blacklist. Babi.

Belum sempat gua nak jawap, gua cepat-cepat letak kol sebab ada kena peronda kat depan. Kang tak pasal-pasal saman gua bertambah.

Gua terus pandu Kangoo pinjaman gua ke Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam untuk settlekan hal pendaftaran gua.

Mula-mula check gigi. O.k.

Pastu, mata dan kondisi badan. O.k

Pastu, air kencing. O.k.

Kemudian, x-ray. O.k.

Last sekali, pengakhiran, gua kena jumpa Dr.Zul untuk menamatkan sesi medikal cekkap ni.

Keputusannya, semua o.k, gua sihat walafiat dan boleh menjadi pelajar IPTA Bumiptra dan berbakti pada nusa bangsa.

Sebelum gua tutup pintu bilik Dr.Zul, dia cakap, " Quotation tu, u bagi ikut SMS pun takpe."

P/s: 84 muka surat, full color, kertas art card 130 gram.

P/s II: Gua kena hantar quotation untuk print BUKU PANDUAN PUSAT KESIHATAN ni secepat mungkin. Takut-takut orang lain masuk line. Kah kah kah!

5 comments:

LS said...

haha! dem. pandai aje lu cari lubang duit ye!

REPUBLIK N9 said...

bijak3... good job bro!

bobp said...

melayu ni yang aku cari ni... hehehe

nizamsani said...

hebat.

Anonymous said...

dan lagi tu... hee..