Wednesday, December 8, 2010

Menonton orang bersajak di Kampung Bandar Dalam

Gua baru balik dari menonton orang bersajak. Ya, amat menarik dan gua amat suka hati.
Ada macam-macam jenis orang, samada yang popular atau tidak. Ada Pyan Habib, Keladak, Rahmat Haron, Pipiyapi, Nazri M Anuar, Amar Amir, Kumpulan Paradoks, Hishamudin Rais dan beberapa nama yang gua ingat tapi gua malas nak tulis pasal ramai sangat. Oh ya! Sufian Abas pun ada? Tak kenal Sufian Abas? Bagus.

O.k, berbalik pada acara tersebut. Selepas Keladak perform, Hishamudin Rais a.k.a Tukar Tiub buat stand up comedy. Kelakar juga lah gua rasa. Antara intipati ucapan dia, dia kata "kita perlukan anak muda untuk bangkit melawan. Anak muda kena berani melawan."

Yeah! Gua amat bersemangat mendengar kata-kata beliau. Tapi yang potongnya selepas ucapan beliau acara itu di ambil alih oleh seorang anak tua yang berucap macam anak tua dan membaca teks ucapan macam guru besar berucap masa perhimpunan sekolah.

Apa setannya dalam perkara yang kita ingin anak muda berani melawan, acara bagi ucapan begini boleh ada? Dan lagi satu, anak tua ni pakai baju batik. Gua ingat budak asrama nak outing je pakai baju batik, nak bagi ucapan yang berniat untuk tarik sokongan anak muda pun kena pakai baju batik ke?

Bagi gua mudah. Kalau mahu tarik anak muda, lihat pada apa mereka minat. Gua percaya, anak muda tak suka orang bagi ucapan pakai baju batik. Kalau ada anak muda camtu, sahlah dia gila.

P/s: Amacam? O.k tak gua menulis guna huruf besar, huruf kecil yang betul?
P/s II: Tahniah pada Brader Pyan Habib. Acara yang penuh glemer dan saya tahu abang pun tak suka orang bagi ucapan tu kan? Ha ha ha!

9 comments:

haan said...

fes!

asip محمد said...

anak tua kena pakai skinny jeans koyak lutut.. tshirt gambar anjing 3 kepala.. lepas tu rambut kena panjang lebih dari 3 inci.. takleh panjang.. pakai wig.. kah3

bantalijau said...

gua anak muda yang minat blog..'
cam ne?

nizamsani said...

puitis juga orangnya kamu ni ya.

Fa-T said...

haaa... berkali2 diteriak nama suffian abas..

dan...

batik lusuh berbunga unggu / biru memang tak boleh blah.. lantas gua blah!

Wolfis Black said...

alamak aku terlupa event nih itu pasal rasa macam tak konplet semalam.

j or ji said...

aku balik awal sebab anak talipon mintak nasik!

kira anak muda gak la..

Kehoe Cheong said...

I like your blog! I just can't stop myself from scrolling down!

Keep on writing becaseI'll keep reading!

aloy_paradoks said...

lagi celake! TUKAR LA TAJHUK BLOG NI,, TAJUK DIA "CELAKE!"