Saturday, December 18, 2010

Siri Bercakap Dengan Aliff Lokman - Bahagian 2

Oleh sebab Aliff Lokman tak terima pun gua jadi kawan dia kat fesbuk, gua rasa gua nak tamatkan jelah siri ni. Buang masa gua je nak cakap ngan Aliff Lokman tapi kena tulis kat wall Fatin Fatan. Macam budak-budak.

Oleh sebab itulah gua rasa gua tak perlu terangkan dengan panjang lebar UYA! tu jual apa. Dan selaku owner UYA! gua akan realisasikan apa yang di cadangkan. Orang dah bagi cadangan, kalau kita rasa bernas, kita ikut jelah.

Bergembiralah kalian kerna mulai 27hb Disember 2010, kalian semua boleh membeli Tora, Ding Dang, Harian Metro, Mastika dan juga Harakah di UYA! Cuma Tikam 20 sen je gua taknak jual coz bercanggah pulak, jual Harakah tapi jual benda judi. Judi tu haram. Dari kita berjudi baik kita makan babi. Tak gitu Aliff Lokman?

Lain-lain tu kalau nak bagi cadangan untuk pembaikan UYA!, gua amat alu-alukan. Mungkin juga ada peminat Nini cokelat celup yang tak berpuas hati, sila luahkan segala tidak puas hati pada gua di alamat: weareuya@gmail.com.

Alah, kalau nak jumpa pun, datang je UYA! tu. Tak kenal maka tak cinta. Tak gitu Aliff Lokman?

Pada Aliff Lokman, kalau sudi bolehlah approvelah friend request gua tu. Plz..Plz..Plz.. kamu approve saya.

10 comments:

Unknown said...

aku rasa kalau ko ikut darah dan semangat melayu, proses cari bahan untuk menyantau dah berlaku nih... setakat paku karat dengan miang buluh tu aku boleh bekalkan... hehehe

Aloy Paradoks said...

ko nak aku tumbuk ke tak ni? kalau nak tumbuk cakap je... aku tumbuk ni...

ieda Qema said...

peminat london choco roll mungkin terasa hati...

bantalijau said...

aq tak terasa aty..
alif lokman mungkin sibuk buat beberapa hari~

BajuKurung said...

peminat choki-choki juga terase hati.

okedkama said...

saya suka tora. jangan perkauman sangat dengan peminat tora

MfaizH said...

kecik ati rocky coklat

Hantu Kak Limah said...

Aliff Lokman tu pembekal candu seludup ker..sampai begitu tragis die kondem ko...huhuhu..
aku peminat cekedis dendang...

mie said...

keropok super ring kalau ada cantek juga....

Nazrie Hassim said...

I suka la abang Aliff Lokman tu, dia kelakar you! Orang kelakar mcm ni kalo kite sepak ramai2 pun kelakar jugak,kan?
p/s: sopi, ko betul2 jual ke tora,ding dang semua tu? teringin nk beli, tapi segan nak beli di khalayak ramai..hehe!