Saturday, January 1, 2011

Catatan random untuk tahun 2010

Azam tahun baru gua dah tulis kat SINI. Gua ikut tahun Islam. Pipi sleeping budha, sebab tu dia tulis pasal azam time-time macam ni.

Gua cuma nak tulis apa gua dah buat sepanjang tahun 2010. Gua tak ingat sangat, tapi gua list ikut nombor.

1. Gua bukak satu kedai baju. UYA! Distro. Mula-mula macam nak mati, tapi terima kasih kepada Fathul Infectious Maggot sebab berjaya membuat UYA! Distro terus hidup sampai hujung tahun ini. Ya, ada orang kata kedai gua tu tak laku, dan ada orang kata, "tutup jelah kedai tu." Tapi ini gua nak bagitau pulak, tahun ni, gua nak bukak lagi satu kedai sebab UYA! tu dah penuh sangat.
So, gua hero, yang kata bukan-bukan tu sila pegi makan taik.

2. Gua berjaya buat event gua sendiri. Sebelum ni gua tumpang-tumpang event orang je, so sekarang ni dengan takde team, dengan buat kerja sorang-sorang, gua berjaya buat lebih kurang 5 event sendiri. Terima kasih pada makwe tercinta, sleeping partner, daun-daun team, fatin harakah dan kawan-kawan yang sudi menolong dan hadir ke event-event gua yang tak seberapa.
> Uya uya jugak akhirat jangan lupa
> Baazar Raya di Uya!
> Uya! Lauching
> Vintage Paradise
> Bookstock

Event-event ni sangatlah bagus untuk porfolio gua. Untuk hari event mungkin gua rasa 2 event akhir tu kurang berjaya, tapi untuk long term, gua rasa gua akan ada dapat advantage. Gua akan terang lebih lanjut soal portfolio ni bila gua tulis bab Persatuan Belia Unik nanti.

3. Gua sudah memulakan kompeni penerbitan buku gua sendiri. Mula-mula gua terbitkan under ABU - Angkatan Belia Unik dan selepas itu gua bergabung dengan Pipi untuk menubuhkan DuBook Press.

Buku-buku terbitan gua:
3.1. Memoir Gondol - Biarlah orang kata buku ni tak kelakar dan macam taik, orang ni banyak yang bodoh yang terus tengok kepada isi buku tu. O.k, meh sini gua nak cerita. Buku Memoir Gondol ni gua tulis untuk gua belajar selok belok menerbit dan mencetak buku. Oleh sebab gua malas nak pegi belajar ngan Sufian Abas, gua belajarlah sendiri. Gua pun tak sanggup nak dengar Sufian Abas membebel dan terus membebel sampai ke tua yang "aku lah yang ajar Luca DK terbit buku"..
Dan lagi satu sebab gua menulis buku Memoir Gondol ni, sebab gua ada duit. Pedulik apa gua buku tu laku ke tak. Padan muka gua gak pepehal. Banyak orang pandai cakap, sampai ke sudah takde buku sendiri, kata hero sangat. Tahi suci!

3.2. Sembang Kencang - Buku ni sampai ke sudah orang bercakap soal cover dia. Gua dah cakap dah, cover dia bukan gua yang buat, tapi orang tak percaya. Last-last, gua mengaku jelah. Barulah dorang percaya. Orang melayu memang suka benda menipu sebab tu dorang suka baca Harian Metro. Buku ni dah habis terjual. Gua print tak banyak pun 300 copy je. Tapi buku ni memang gua puas hati sebab ini buku ke-2 gua susun sendiri. Buku ni diedit oleh makwe gua, Haan Yusoff. Ada juga orang komplen tak betul itu tak betul ini, tapi lu orang tak tau yang sebelum betulkan itu semua gua dah cakap ngan penulis dia Fdaus Ahmad tu. Kalau ikut dia lagilah senang, tak payah tukar apa-apa, print je apa dia bagi. Hah, lu pegi tengok blog dia, ejaan dia lagu mana? Ikut suka dia bukan. So, gua amik inisiatif sendiri untuk suruh makwe gua betulkan itu semua, dan certain thing gua kekalkan sebab gua malas nak pikir. Lu orang yang komplen-komplen ni tahu ke cerita tu? Tu la, tahu nak komplen je tapi tak pernah buat.

3.3. Cerita Piala Dunia - Buku ni malas gua nak ulas panjang sebab Pipi dah ulas pun kat blog dia dulu. Gua malas nak link, cari sendiri. Untuk buku ni, gua yang approach Lucius dan kemudian gua keluarkan duit. Itu sahaja tugas gua. O.k ada satu, bab cover tu pun gua yang bagi nasihat pada Thom. Ada jugak manusia tak puas hati dengan buku ini komplen itu ini. Gua malas nak cakap panjang sebab gua rasa buku ni memang power gila. Gua berani jamin takde buku DBP atau PTS sepower buku ni. Gua harap Lucius boleh berhenti kerja dan jadi penulis tetap kat DUBOOK PRESS.

3.4. Burgermpak

Babi. Panjang gila dah gua tulis apa yang terbuku di hati gua selama ini. Tak abis lagi, kalau gua rajin gua sambung bab Burgermpak, Persatuan Belia Unik dan hal-hal lain..

10 comments:

LS said...

nice abang luca. burgermpak tu, ada stok lagi tak?

Nik Saiful Anuar said...

cerita piala dunia tuh, mmg killer product, isi die punye power, pergh............

Ismail Othman said...

caya lah luca!!!

Berto said...

keep it up bro..ni pesen menyokong style omputih..keep it up

deus X machina said...

go george go go go

Rin said...

memoir gondol pinjam buku org. cerita piala dunia beli sendiri.

aku-alam said...

hajat hati nak beli buku lain.. tapi buku GONDOL masih belum dapat.. gua tunggu dari tahun lepas lagi.. agak-agak lu Luca, tahun bila gua boleh dapat ??

aloy_paradoks said...

celake,, bab burgermpak terus tutup cerita..

Luca DK said...

aku alam, bagi lu punye address. besok gak gua hantar by hand.

nizamsani said...

hebat.