Monday, January 17, 2011

Surat terbuka untuk pihak pengurusan KLCC

Wahai management KLCC,

Tahukah lu yang peta tunjuk arah di setiap level kat KLCC itu lama punya peta?

Tahukah lu yang lu menyusahkan gua, awek sweet, Jamal dan Pipiyapong nak cari kedai Tear Proof. Kedai tu patutnya ada dekat tingkat 3, no lot 319. Tahu tak, sekarang ni, lot 319 tu dah jadi kedai jual henpon? Tahu tak? Hah! Tahu tak setan?

Kedai Tear Proof tu dah pindah tingkat satu. Nak tau macam mana gua tau? Nak harapkan floor plan lu orang tu memanglah macam celaka, gua tahu kedai tu dah pindah dari tingkat 3 ke tingkat 1 pun melalui mulut minah jaga kedai Tear Proof kat Midvalley. Lu tau tak Midvalley dengan KLCC tu jauh dan jalan pegi sana jam. Tahu tak hoi?

Oleh itu, gua harap, lu orang buat lah peta tunjuk arah tu betul-betul. Bukan semua orang pergi KLCC tu window shopping, tengok wayang dan melepak kat taman luar tengok air pancut. Ada jugak orang macam Jamal yang pertama kali dalam hidup datang KLCC dan nak beli beg backpack untuk adik tersayang. Lu tau tak yang kasih sayang hampir pupus dalam diri masyarakat kita sekarang ni dan buktiknya makin ramai orang buang anak? Tau tak? Dan tindakan Jamal membeli beg backpack untuk adik nya tu adalah antara tindakan yang patut dipuji?

Lain kali gua datang KLCC, gua nak tengok lu orang betulkan semua tu.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
-Pencinta wanita-

8 comments:

Fa-T said...

ahahaha... klcc=setan... mungkin?

hentakbelipat said...

fdaus ahmad ade kene mengene tak dgn plan ni

myblood said...

betul2

Anonymous said...

haha..rs nye dh berkurun kot dorg x update directory tu...cmtu ke canggih?? hampeh

AMMOSHAM said...

gua bagi pihak KLCC mintak maaf banyak2.

MushroomCute@Mariea said...

Surat yang sama untuk Pihak Pengurusan Gurney Plaza...aci tak tumpang surat?

pengunjung jelita said...

haha...okey nanti aku tolong bgtau KLCC Urusharta.baru sebulan dua kot tukar2 kedai tu.

Anonymous said...

Ko pun bangang melantun lantun...gi la tanye kat information counter.