Tuesday, September 20, 2011

Susu untuk tidur yang nyenyak

Masakini gua masih lagi bermasalah dengan tidur.

Gua tak boleh tido sampai jam 6.30 pagi, dan bila masuk je 6.30, kepala gua akan pening2, dan gua akan tertidur sampai jam 1.30 petang. Na'aram betul.

Gua cuba paksakan diri untuk tidur dari jam 12 tengah malam, tapi gagal. Ini memang setan.

Gua tengok kat tv, iklan tu cakap, "minum susu untuk tidur yang nyenyak".

Gua terpengaruh dan tadi gua dah pergi MyMydin untuk beli susu UHT kotak besar. Malam ni gua nak minum sampai mabuk, kalau gua tido jugak, gua akan lancarkan jihad papan kekunci ke atas Dutch Lady macam biasa gua buat pada Astro dan Telekom. Peduli apa gua dorang kisah ke tak, janji gua puas.

Tapi gua harap Dutch Lady tak tipulah. Gua sanggup pertaruhkan nyawa gua ni. Yelah, gua memang takleh minum susu, kalau gua minum gak, pagi2 besok gua akan kena gastrik. Tapi nak betulkan tido punya pasal, gua tak kisah dan gua dah standby sepapan Actal kot2 gua kena gastrik pagi2 besok. Ini kalau tak berkesan, memang patut sangatlah gua lancarkan perang jihad tersebut.

O.k, kita nantikan pagi besok, kalau gua mati, mula2 tolong bagitau Pidomat, sebab dia ejen insuran gua dan kedua tolong suruh lawyer gua saman Dutch Lady. Itu sahaja.

Ta8 Care!

P/s: Kalau tak boleh tido gak malam ni, malam kang gua nak jogging keliling KLCC.

5 comments:

Wadi AR said...

sedap la minum susu. lu ni pon. minum jgn tak minum

wann afzan™ said...

selalu susu boleh jadi pencuci perut yang bernas.

kenapalah banyak sangat ayat tunggang terbalik. betul2 tension xleh tido ni. hahah

Muntos said...

take care.. garnier..

emak. bukan penari tiang said...

cari bini dapat la susu tiap2 malam

wajib tidoq tak sedar!

mochachichifinaz said...

haha..gelak tak henti-henti baca entry ni XP btw, good luck!