Monday, July 20, 2009

(gua) entry serius gua yg pertama!

ini serius!

gua dpt inspire dr blog ini. crite dia pnjng2 gua x bape suke, tp bila dia berpuisi tu buat gua suke.

so, gua arini pun nak tulis puisi la. bkn puisi gua, tp puisi org lain. puisi yg gua rs ngam ngan gua. org2 yg kenal gua, dorang tau la. gua nak tulis kat blog gua coz gua takut kertas puisi ni ilang nnt. susah pulak nak cari.

Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya

Engkau lelaki yang patah sayap kirinya
Menanggalkan baju dukamu di hamparan kenangan
Melonjak dari jendela kamar yang pecah kacanya
Ingin terbang menerpa bulan
Sambil mengilik sebungkus impian.

Tak kau hirau rayuan pungguk yang berhiba lara
Yang memilih pilu sengsara tanpa usaha
Kau dengan kental semangat menjerkah gerhana
Dan menahan mentari dari meminta gilirannya.

Terbanglah lelaki yang patah sayapnya
Berpandukan tongkat paruh jentayu yang setia.

Kau bukan lagi lelaki pilu yang merenung jendela
Setiap kali purnama senyum atau retak di balik ara
Kerana kau arif merisik rindu dan mentafsir cinta
Dari sinar mata pemilik kejora.

dan satu lagi!

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

o.klah, smpai sini entry serius gua!

5 comments:

FdausAmad said...

kat mana wehh iklan frinjan lu cakap tuh?

Luca DK said...

tanya semut..

puding roti said...

ok. gua serius skrg (rsnya sgt comel bahasakan diri dengan 'gua'). kita rs sungguh urban ;D

CosmicMalaysia said...

ee. comelnya gua!

BajuKurung said...

gua pun comel.. :P