Tuesday, July 1, 2014

The Wakaf Buku #1


#KhutubKhanah yang pertama.
Di Rumah Anak Yatim Firdaus Al-Warisi, Teluk Intan.
1 Ramadhon yang lalu, #Khutubkhanah pertama akan telah didirikan di Teluk Intan.

#TheWakafBuku ni aku rasa dah setahun aku plan, mujur dengan penglibatan Zul Fikri Zamir ianya kini dah menjadi kenyataan.

Cadangan awalnya aku nak buat sorang diri, cara mudah, collect buku dari kawan2 penerbit yang lain, dan bagi buku baru ke anak2 yatim. Mudah sahaja.

Tapi ideanya dah berkembang. Kita buka jalan, bina satu perpustakaan untuk mereka dan perpustakaan ini kami namakan #Khutubkhanah. Iyalah, jika aku menyumbang buku, di mana buku2 ini akan diletakkan? Dari situ #TheWakafBuku bersetuju untuk dirikan #Khutubkhanah di Rumah Anak Yatim terpilih.

Terima kasih kepada semua sukarelawan. Tak kira yang betul2 bekerja. Atau yang masuk grup kami, dok diam2 dalam tu. Aku tau, kalian mahu membantu, mungkin belum masanya.

Besar harapan aku, Virus #TheWakafBuku akan merebak ke seluruh dunia.

Aku cuma nak lihat satu sahaja. Senyuman anak2 tatkala mereka menerima buku baru dari kita semua.

Senyuman yang bisa menghilangkan segala penat lelah kita.


 Ini dia tulang belakang utama #TheWakafBuku
(Sapik, Rahman, Mutalib dan Zamir)

P/s: Untuk yang nak menyumbang, boleh bank in ke: 564052518205 - MAYBANK - TWB RESOURCES

P/s 2: Untuk pembelian PAKEJ, selepas bank-in, sila emelkan maklumat diri & pembayaran ke: thewakafbuku@gmail.com

P/s 3: Like page #TheWakafBuku di FB: https://www.facebook.com/twb2014

Perihal Menderma dan Rezki


Setiap kali Jumaat, bila sampai tabung duit dekat kita, bila bukak wallet, ada 50 sekeping.

Kita tak menderma sebab risau itulah jelah duit yang kita tinggal. Takut kejap lagi tak dapat makan, takut tak dapat beli itu ini yang ngam dengan duit 50 tu.

Tapi kita lupa.

Rezki itu tuhan yang bagi. Duit 50 itupun ada dek kerna rezki tuhan.

Kita lupa.

Tuhan janji 1 dibalas 700. Dan tuhan tak pernah memungkiri janji.

Jadi mungkin tuhan datangkan ujian kepada kita dalam bentuk tabung bertayar di masjid untuk lihat sikap dan kepercayaan kita.

Jadi untuk apa kita takut? Untuk apa kita ragu2. Untuk apaaa?

Tuesday, August 20, 2013

Perihal Syiah dan Memakai Otak

JL Hj Rachmatt :Hati hati !!kaum Syiah siap pisau BUAT sembelih Ahli sunah Wal Jamah ...kerana HALAL bunuh kaum luar Dari Syriah ni !'bul yg kena sembelih di IRAQ SYRIA AGFANISTAN IRAN DAN SEKARANG
MASUK MESIR !! BOIKOT PRODUK IRAN CARPET IRAn .. Baju hijab Iran ... Korma Iran ..FILEM IRAn .. Semua haram Dari Syiah Iran !

Inilah yang aku maksudkan, MEMBENCI SAMPAI LUPA GUNAKAN OTAK.

Sunday, June 2, 2013

Kisah saya dan Udang Galah

Siang tadi tekak saya teringin makan Udang Galah. Tabiat celaka saya ialah, bilamana saya dah teringin, saya akan cuba mendapatkannya, by hook or by crook.

Jadi saya menggoogle "Udang Galah di Bangi" dan terkeluar entry INI.

Saya lihat tarikh entrynya, 2 May 2013; sebulan yang lepas, masih baru lagi.  Dan daripada entry tersebut saya terpesona dengan menu udang galah yang ditawarkan, bemacam jenis cara masakan, bermacam jenis rupa, nikmat sungguh!

Lantas saya mandi, pakai odorono, pakai perfume, pakai pakaian saya yang terbaik yang saya ada dan menuju ke Bandar Baru Bangi tempat letaknya restoran yang tertulis di dalam entry tersebut.

Dalam perjalanan, saya singgah sebentar di Petronas untuk mengambil wang kerna saya perhatikan harga setiap menu Udang Galah yang ditawarkan agak mahal. Ianya tidak mengapa kerna saya memang berwang dan juga tekak saya memang dah teringin sangat.

Wang sudah di dalam dompet, destinasi yang hendak dituju sudah tersemat dalam fikiran, Seri Bangi, Seksyen 8, saya teruskan pemanduan.  Alangkah celakanya, bilamana saya tiba di restoran yang dimaksudkan, tergantung banner yang agak besar,

RESTORAN UNTUK DIJUAL 

dan sampai ke saat ini, saya masih mengidam Udang Galah.

Saturday, February 23, 2013

Pengalaman hidup berniaga : Dari Hidroponik ke Jagung Cup.

Aku sebenarnya handal dalam bidang hidroponik. Aku belajar dari abah aku. Abah aku dulu jual bekas hidroponik.

Abah aku dulu macam2 dia buat. Aku pernah ikut dia pi Chow Kit beli keychain untuk tolak ke sekolah2.

Last2 aku je rembat keychain tu. Bisnes itu memang aku tak nampak langsung potensi nak kaya. Mana idea abah aku dapat tak taulah.

Lepas tu abah aku jual ubat mata Qurotaaini dengan Sabun Susu Kambing. Ubat mata ni ada satu ustat Temerloh yang buat.

Ustat tu pun baru juga. Ubat mata ni jenis titik. Dia pos ke abah aku botol je. Sticker dengan kotak kena buh sendiri. Punyalah amatur.

Sabun susu kambing tu pulak jenama Saanen. Dia punya base dekat Taman Melawati. Ini gila babi punya. Pernah sekali satu kontena orang order.

Perniagaan ubat mata dan Sabun Susu Kambing ni biasanya bermusim, bila tak laku, abah aku buat bisnes lain.

Dia start meniaga masuk pasar malam. Dia beli ubat2, jual kereta dia beli van. Lepas tu masuk pasar malam.

Aku mula2 malu gila nak tolong abah aku. Aku menyorok je belakang rak2 time meniaga. Abah aku dengan adik aku je kat depan.

Nak menyusun ubat2 ni, gila babi bak hang. Korang bayangkan ubat penuh satu van hang nak susun satu atas meja. Sejam jugak nak menyusun.

Mula2 takdak tapak. Jadi abah aku menumpang lah. Kalau orang tak datang meniaga, abah aku masuk. Kalau takdak tapak ni kena mari awal.

Ada jugalah bila dah abis susun, tuan asal tapak tu tiba2 sampai, kena kemas barang2 masuk van balik, cari tapak lain. Punyalah seksa.

Tapi seronok meniaga pasar malam ni. Aku mula2 malu babi terus tak malu bila tengok duit masuk banyak gila. Kadang2 sehari boleh dapat 3ribu.

Kalau meniaga takdak tapak ni orang pasar malam panggil Rambo. Kejap je abah aku jadi Rambo, lepas tu dia beli tapak. Aku ingat murah lah.

Tapak pasar malam ni ikut tempat lah. Memang lah sekali meniaga kita bagi RM2 je untuk kutip sampah, tapi tapak tetap kita tu pun kena bayar.

Aku pernah tengok abah aku bayar RM1500 untuk tapak dekat pasar malam tanjung rambutan. Masa tu pasar malam tanjung rambutan ni power lah.

Seingat aku Pasar Malam Tg. Rambutan ni hari Khamis. Pasar Pagi dia pulak hari Ahad.

Lagi satu syok meniaga pasar malam ni, hari2 kau boleh makan sedap2 murah. Lepas tu aku boleh kenal ramai orang.

Masa abah aku meniaga pasar malam, abah aku dah bukak satu toko jamu dekat Taman Cempaka.

Taman Cempaka ni port budak2 Poli Ungku Umar. Depan kedai abah aku time malam je lengang, sebelah dia pulak BSN.

Tengok ramai je orang pi BSN cucuk duit, adik aku pi bukak kebab depan kedai, kakak aku pulak bukak jagung cup.

Jagung cup ni satu punya setan. Kau ingat boleh beli ke yang dah siap kopek tu? Mahal ya rabbi. Jadinya beli jagung batang, kopek sendiri.

Nak kopek jagung bagi dapat sebutir2 tu pun ada skill dia, kau kena cucuk tengah2 jadung tu pakai skrewdriver bagi dia terkopak 2.

Mampos kau kalau nak dapat berkilo2. Jual pulak 2.50 satu cup. Pernah juga aku ikut kakak aku meniaga depan Carsem Jelapang.

Meniaga depan kilang ni, sat je, minah2 kilang tu keluar naik bas nak balik rumah. Jadi masa amat terhad untuk kau tackle dorang ni.

Jadinya kau kena datang awal, masak, gaul dan bungkus siap2, bila dorang keluar terus ambik bayar, naik bas.

Power juga dari hal jual hidroponik membawak sampai ke jual jagung dalam cup ni. Besok aku sambung lagi lah.

Lenguh nak menaip.

Friday, January 4, 2013

Kata-kata seorang Abah

Abah aku kata,

tiada benda yang mahal dalam dunia ni.

Cuma kita tak mampu nak beli.

Tuesday, December 11, 2012

Jauh tapi dekat

Walaupun awak di sana dan saya di sini.

Saya masih boleh rasa degup jantung awak. 


Hembusan nafas awak. 

Harum wangi awak. 

Dekat dengan saya.