Monday, August 3, 2009

(meor) tribute to his mom!

jam pukul 4 pg. gua tak tido lagi. tiba2 satu kol masuk. gua tak angkat. kepala gua tgh serabut, gua tak terpikir pun ada org nak kol gua pukul 4 pg. no dia plak mmg gua tak kenal. gua try tido n tertido.

6.30 pg. alarm hp gua berbunyi utk gua bgn solat subuh. gua nampak ada 5 sms.

"al-fatihah utk mak meor yg meninggal kul 4 lebih td."

gua automatik kol no yg miskol gua pukul 4 lebih td. suara meor dihujung talian. gua cam sgt. awl2 gua cakap SORRY coz gua tak angkat kol dia.

"gua mmg nak bgtau lu dulu, tp gua tau lu pun ada masalah lu. xpelah lu settle kan lu punye life dulu."

gua bls ringkas. "sorry meor."

semasa entry ni taip, gua masih terkilan coz gua tak angkat tu. gua xpenah tak angkat mana2 kol yg masuk. tp pg td gua silap.

gua pernah crite psl mak meor kat blog gua ni dulu.
utk meor . gua mintak maap.
utk mak meor, puan salasiah, damailah. al-fatihah!
utk semua, jgn hilang senyuman.

***************************************************************************************

biar gua intro pasal meor dulu. nama sebenar meor adalah meor saiful niza. meor ni dok di manjung. menurut meor (kisah ini gua dgr sendiri dari mulut meor), semua ahli keluarga dan sanak saudara lelakinya, nama mereka bermula dengan meor KECUALI seorang pakciknya yang bernama kulop meor.

cukup intro pasal meor. cerita ni gua kutip dari padil. kwn gua merangkap sepupu pada ayan.
satu hari padil kol rumah meor gemuk di manjung. mak meor, salasiah, mengangkat telefon.

padil berkata, "ello makcik, boleh bercakap dgn meor."
mak meor menjawap, "dalam rumah ni semua nama meor."
padil ckp balik, "owh..nak cakap ngan meor gemuk."
mak meor membalas, "meor kat umah ni semua gemuk."

padil crite perbualan telefon antara dia dgn mak meor tu kat kami.
kami gelak bagai nak mati!

8 comments:

Anonymous said...

al-fatihah!
semoga aman di sana dan ditmpatkan di kalangan yg beriman :)

puding roti said...

tahziah. al fatihah utk mak meor comel

Selamber Rock said...

al-fatihah..semoga beliau ditmptkan bersama-sama dgn orang2 yg beriman

qishie said...

al-fatihah~

mak meor sakit apa?

Luca DK said...

athma ul husna!

gjiEsaLim said...

uiks bro..sempat agi melawak...
takziah tuk bro meor..
al Fatihah..

Adi Solikin said...

al-fatihah untuk mak meor.

al-fatihah utk lu jugak bro. semoga kekacauan jiwa lu reda. sama jugak disini. jiwa kacau mmg xbest!! *pfft*

Anonymous said...

antara sedih dan kelakar.al fatihah/