Monday, October 26, 2009

(malis) jalan2 cari makkulat : siri 1

(aksi akak malis sedang melambung ayam yang baru di masak)

gua bukak satu siri baru diblog gua. bak kata isa "ikut suka aku." ini nak cerita pasal tempat makan yang legend2 yang pernah gua pegi. kalo tak legend pun gua akan tulis gak, supaya lu orang jangan pegi.

o.k kita mula dgn bismillah!

anda pernah ke malis? tak pernah? letaknya di jalan manjalara, taman bunga raya, area setapak, berdekatan dengan kolej tar. tempat yang mana ayan n kulop cuba mengislamkan budak2 cine di sana.

tadi gua, ed, gondol n meor comel dinner di sana. lama sudah kami tidak ke sana. jika dulu ed dan ijok rajin bertandang ke sana untuk melihat awek2 cun penjual nasi lemak dan char ketiau. takat tengok je berani, nama dorang sampai ke sudah tak tau. oleh sebab ijok n ed kini sudah berpunya, aktiviti ke malis ini amat jarang dilakukan. dari lepak malis, baik gua lepak al-ghais, dapat jugak baca surat khabar.

oh ya! nasik lemak ayam rempah mereka serta char ketiau mereka sungguh legend. gua syak dorang letak heroin. gua syak je ek. betul ke tak, gua tak tau!

di sini, jangan perasan anda best atau jika di opis anda dipanggil tuan atau puan kerna anda sorang penolong pengarah atau PTD, di sini pangkat anda itu tiadalah ertinya, sila tinggal pangkat tersebut di pejabat anda bersama sticker PTD di kereta anda. di sini tiada pelayan cun2 hendak melayan anda mengambil order atau tolong anda pass2 no. telefon anda kepada awek meja sebelah.

di sini, jika anda ingin makan char ketiau, anda kena beratur sepanjang 1 kilometer. jika anda memang tengah lapar tahap jahanam, jangan cuba makan di kedai ini. sama juga keadaannya dengan mengorder nasik lemak. barisannya juga panjang. kalo nak cepat, sila makan ketiau cine berdekatan. halal haram gua tak campur.

soalan meor pada gua tatkala melalui tempat ketiau cine tersebut.

"jika kita bau asap babi, idung kita kena samak ke?"

sumpah gua tak tau nak jawap. nanti gua tanya ustat luca.

berbalik pada malis. jangan tak tau, jika anda ingin order air, anda juga kena beratur. huh! tidak berperikemanusiaan bukan? alternatif lain, anda boleh membeli air 100plus di kedai runcit berhampiran. tak payah beratur.

sampai di sini sahaja siri jalan2 cari makkulat ini. jumpa lagi. gua luca tengku sabri melaporkan.

p/s: tak tau apa itu makkulat? jangan harap la dapat cium bau syurga...

8 comments:

haan said...

betul.
char ketiau situ mmg legend.
gua kena pegi bwk geng utk chop tempat n beratur utk mkn dan minum. nasib baik time tu x lapar tahap jahanam sgt.

Anonymous said...

ayan tak ajakkah makan durian di rumah bahakodin? nyam2 byk banget duriannya...

char ketiau di malis itu benar berair dan tulenkah? di kl nama je char ketiau, tapi rasanya spt ketiau goreng saja..

sungguh aku sedang mengidam char ketiau mcm di sg 2 kat kulim tu, tp kulim jauh sangat!

Anonymous said...

i can smell jealousy in the air...byk kali fail exam PTD ke bro? smpi nk hentam PTD?emo tahap gaban....relaks arrr....sapa suh ko x jd PTD?

Anonymous said...

apa ni? hang dok nak crita fasal mkn2...tiba2 PTD yg masuk dlm blog hang ni. hang kena kencing PTD ka.. kahhhh tula hang bengap sanget..

[ o k e d ] said...

knp tbe2 ramai anon ni?huh..gua tau susa jadi ptd..lagi2 yg kne campak kt timor leste tu kan..kalo kne lt liverpool mesti la seronok..

knp gua tak tau kehebatan tmpt ni?pergh..ksian gua

Luca De Ketiak said...

ye gua jeles kat ptd.

dorang kan hebat2. manalah gua tak jeles.

hahaha!

puding roti said...

hihi. part tanya nak kena samak idong tu mmg kiyut gila. hik2

kita sukaaa sgt char kuew tiaw kt tpt tu walopun kena beratur pnjng n akhirnya order dua pinggan sorang sbb tamak. mkn dgn lada jeruk lebih sket lg bes. heaven..

paiseh said...

akak jaga duit tu memang swit...
dok puah kelih~