Tuesday, March 30, 2010

(gua) perjumpaan yang menyayat hati di pasar seni

siang tadi gua ada meeting di cm. central market. pasar seni bukan pasar tengah. gua memang da lama gila tak pegi cm. memang lama sangat. dulu time belajar adalah jugak gua datang tempah t-shirt kelas kat sini.

meeting gua jam 11 pagi. satu akak dari seremban nak jumpe gua. akak ni claim dia kenal rosman alwi. gua pun tak tau ape niat dia cakap menatang tu kat gua? gua iyekan je.

gua melayu. meeting kul 11 tapi kul 11 baru gerak dari serdang. oh ya! kakak tu kacukan. mak dia orang england. bapak dia orang malaysia. dia lahir kat kota bharu. ha.. bab tu pun gua tak tau nape dia story kat gua. gua iyekan aje.

kul 11.30 kakak tu cakap dia da sampai cm. gua time tu konfem tak sampai lagi.

"nak jumpe kat mana ni?" akak tu bertanya via phone.

"saya tunggu akak kat restoren hameed ni" gua bersuara konfiden, cas2 da sampai. ah! restoren tu yang gua tau ada kat cm tu.

gua terus memecut laju. dari jalan petaling terus masuk parking cm.

sampai je cm gua kol akak tu.

"mana kak ni?" gua bersuara sekali lagi konon2 da sampai lama.

"akak kat kfc sebelah cm ni" jawap akak di hujung talian.

"kan saya cakap, saya tunggu akak kat restoren hameed. kat dalam cm." gua panas ati sebab akak yang kenal rosman alwi ni tak dengar arahan gua.

"akak tanya pekerja kat cm tu, dia kat restoren hameed tu da tutup" balas akak tenang.

"owh.. iye ke?"

celaka.

7 comments:

Dany Quecera said...

jmpa akak dgn mke blushinglh lu...

-C.Gad!s- said...

hahahaha..

padan muke!

baget nak tipu...kena tipu eh?

pengajaran nyer disini...

majulah sukan untuk negara..<-- tetibe! hahaaha

aBoi said...

Padan muka..menipu lagi..

she-G said...

mak kata...

siakap senohong gelama ikan duri...
pndai bohong pandai2 la sambung pantun ni sndiri...

starsyeea said...

restoran hameed tu kut dh bekurun tutupnye...akak tu kompom2 kompius luca ni idop zaman mane...haha ;p

asked said...

sengal jahh

CikMelur said...

nak sambung pantun she-G


lama-lama jadi pencuri..


yeay!~