Friday, July 23, 2010

(bassist kumpulan primary) king of lewat pegi keje

semalam gua, bassist & gitaris kumpulan primary serta anip si putih pegi melepak di malis, taman bunga raya, sentul.

oh ya! kedai malis ini gua pernah review dalam siri jalan2 cari makkulat gua.

nasi lemak dan charkoteau nya sungguh enak. biasanya kat sini kalo nak makan memang kena beratur panjang, tapi semalam clear je. tak berapa nak ada orang. semalam kan ari rabu, ladies nite, mungkin ramai pegi klubbing cari awek kat sana.

di malis kami berborak tentang topik lewat ke tempat kerja.

anip si putih: gua pegi keje ikut suke je, lagipun gua dah dekat sebulan tak dapat gaji. takpelah lewat pun.

gua: kiranya lu takpe la pegi lambat, ada sorang kawan gua, dah lambat pegi keje, sedap dok tido bila bos dia kol je, terus berlari masuk kete, pasang ekon tekan hon sekali dua konon2 dia tengah stuck dalam jam la.

gitaris kumpulan primary: kawan aku plak, bila bos dia kol, dia dok depan kipas, bukak lipas laju2 cakap, "atas moto ni, atas moto."

bassist kumpulan primary: ah gua lagi best. bila gua lambat pegi keje, bos gua datang ketuk pintu umah, tanya "mau keje lagi ka tak mau?"

6 comments:

deus X machina said...

cilake la pipi, keh keh keh

ashraf sahdan said...

ha ha. pipi. tengok dia punya rekod kerja ada berapa banyak...

she-G said...

seme2 y berkata tu bukan bos la yer??bagus bagus...

mikhaelahmad said...

gila true.

Apit said...

modai suma ni

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site lucadeketiak.blogspot.com
Is this possible?