Wednesday, May 11, 2011

Proton adalah kereta amal jariah

"Dr Mahathir berkata mereka yang membeli kereta Proton adalah satu perbuatan amal jariah kerana apabila Proton maju, ramai yang mendapat kerja dan dapat menyara keluarga mereka."

Kah kah kah! Orang lain beli kereta sebab nak sedap dan selesa, rakyat malaysia beli kereta sebab amal jariah.

"Saya juga bawa kereta melalui tol dan saya belum lagi ternampak orang yang bawa kereta Proton (terpaksa) turun daripada kereta kerana nak bayar tol.

Tun bayar tol ke Tun?

Penasihat Proton Holdings Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa harga kereta yang dijual di negara ini mahal kerana pengeluar kereta nasional itu adalah tidak benar.

Kah kah kah! Amboi, Waja tu jual kat Arab RM35k je, kat Malaysia sampai RM60k. Airbag pun kedekut nak bagi.

P/s: Kalau takdak Proton kita boleh beli kereta lain murah2, sebab takde apa yang kita kena protect. Apa? Peluang pekerjaan bertambah? Alah, Honda dengan Mercedes kan ada kilang. Dorang buat kereta juga apa?

P/sII: Proton beli Lotus, tapi kenapalah tak buat kereta macam Lotus. Busuk2 pakai la teknologi Lotus, ini dok pakai teknologi Modenas, memang lah tingkap takleh buka, Modenas mana buat tingkap.

7 comments:

Dr. Bentara said...

Inspira orang kata bagus

sEmut said...

amal jariah kepala kerala dia!

Unknown said...

cikgu aku kata, proton, baru beli bape bulan, sudah ada bunyi krik krok krik krok.

popai said...

Aku ingat nak ajak je Tun naik kete ngan aku.. tapi nak suh die bawak, pastu lalu kat toll. Nak tengok macam mana die nak bayar toll.

p/s: Power window kete aku hanya boleh digunakan pada 2 tahun pertama sahaja.

Unknown said...

ok la.. daripada xde..

Anonymous said...

proton ni kasi la improve skit..harge kasi la murah..
kalu rakyat beli kete proton sbb amal jariah.. kerajaan naik harga minyak sbb ape?..sengal

abangsahar said...

halamak brader, banyak lu kena belajar pasal industri kereta (bukan pasal kete)..gua cadang mula dengan paultan.org dulu la.lepas tu semak buku2 ekonomi.

gua tau orang macam lu kuat baca.