Tuesday, June 14, 2011

Majalah Rokes

Tiap kali gua buat kerja dengan Pipi dia akan cakap "gua tahu kerja gua", kalau dia dah cakap macam tu, gua malas nak ambik port walaupun gua tahu sangat, dia tak tahu pun kerja dia, tak pernahnya siap. Rokes ini misalnya, memang satu kerja gila babi. Bukan sebab power ke tak, tapi sebab benda ni baru hari ini nak print dan nak launch pulak ari Sabtu ni. Nak print full color, banyak copy dalam masa 3 hari.

GILA BABI LA!

Percetakan Nasional Berhad pun belum tentu boleh buat kerja gila macam tu.

Tapi, tidak untuk Percetakan Mutalib Uthman. Kami sudah biasa, lagi2 pulak hendel customer macam Pipiyapong. Duit takde, bagi fail lambat tapi nak siap cepat. Celaka apa? Bila dah kena macam tu, gua yang terkejar ke sana ke mari buat kerja, dorang dok dekat rumah dengar lagu. Setan!

ROKES ini berbaloi untuk di tunggu. Gua belek-belek tengok file dia, power nak mampos dan Thom memang tau kerja dia. WALAUPUN lambat macam setan!

ROKES ini dijual RM6. Full color beb! dan walaupun takde langsung cerita gua dalam Rokes ni, jangankan cerita, kredit kat gua pun haram takde macam kes buku lama jugak; takpe, orang memang biasa lupakan gua, gua paksa lu orang beli ROKES ini.

Satu karya yang sangat marvellous dan sangat berbaloilah lu orang tunggu benda ni dari bulan Februari.

Good job dan good dog pada Pipiyapong dan Thom dan sedikit ucapan, "kalau lu tak boleh jual 500 copy time KLAB 2011, memang gua jual stall burger Rokes tu.."

Kat bawah ni, gua tunjuk la sehelai daripada banyak2 helai ROKES tu, kolum tetap Osman Tikus bercerita pasal tempat lepak yang hip dia ibukota. Cekidaut!

4 comments:

g0m0k9enDek said...

rokes nih yg citer hujung minggu tu kan? ke ak silap? lupa dah. ak tanya serius nih. encik luca, please2 jawab...

Nurul Asyikin said...

rokes yang ni isu ujung minggu.

yang lembah klang weekend bible tu cerita lain.

LS said...

ok. tgk je gua dah rasa nak beli.
takde jual on9 ke luca?

aloy_paradoks said...

dah full calour 6 ringit, mcm mana gua nak cari makan ni?