Monday, June 27, 2011

Saya kini seorang Guru

Hari Jumaat yang lepas gua bertolak je JB untuk Sesi Berkongsi Pengalaman gua dekat Hotel Naza. Event tu hari Sabtu.

Hari Sabtu tu, gua punya slot jam 3.30 petang. Gua pung pang pung pang, sampai pukul 5.

Abis je program kat JB, gua terus shoot pergi Kuantan ikut jalan Yong Peng - Labis - Segamat - Muadzam Shah - Pekan dan selepas 5 jam gua tiba di Kuantan, Pahang untuk program keesokan harinya.

Tadi, jam 3 gua pung pang pung pang sampai pukul 5, dan baru je tiba ke tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain gua ni. Ya, sangat meletihkan.

Tapi gua sangat2 lah seronok dengan apa gua buat sekarang ni. Sekarang ni gua jadi cikgu. Bukan cikgu sekolah, tapi cikgu mengajar makcik2 dan pakcik bikin produk mereka sendiri.

Benda ni gua rancang dari tahun lepas nak buat tak buat2 jugak. Setan apa? Tapi 2 hari ini gua berjaya merealisasikan impian gua sekian lama ni. Ya, best nak mampos! Terima kasih tidak terhingga pada Nizzura yang tolong gua. Kalau lu orang nak belajar "Bagaimana nak jadi Usahawan Internet yang Power", lu orang search: Nizzura dekat fesbuk. Dia akan ajar lu orang. Itu kalau lu nak jadi Usahawan Internet la. Kalau lu nak jadi penulis blog keji, lu cari: Nik Adam Ahmad. Kalau nak jadi setan, cari: Firdaus Abdillah Hamzah. Takpun: Sufian Abas.

Gua sekarang kena kurangkan bercakap kata2 kesat sebab benda tu terbawak sekali dalam sesi pung pang pung pang gua. Berapa kali gua terlepas cakap "babi, celaka, mampos" dan mujur gua tak keluar "gampang dan sufian abas setan." Mujur. Mujur sangat2.

O.k, kalau ada siapa2 nak mintak gua ajar, macam mana nak buat produk jenama lu orang sendiri, jangan segan2 nak kontek Cikgu Luca. Gua ajar free je. Serius.


Gua punya posing senget2 tu memang gua tak berkenan, setan betul! Baju gua pun dah mengecut, itu lagi satu setan!

1 comment:

MushroomCute@Mariea said...

Cntoh produk? mcm menarik jer...