Friday, July 15, 2011

Kenapa Gua Charge RM50?


Ramai orang tanya gua,

"Bai, kenapa lu charge RM50? Bagi free dah la.."

O.k saker, dengar sini..

1. Ilmu kalau bagi free orang tak appreciate. Kalau gua tak letak harga, ramai orang akan datang, tapi kemudian semua akan pergi bak angin lalu, sia-sia je gua korbankan hari Ahad gua.
2. RM50 tu sangat2lah rendah nilainya berbanding apa yang lu dapat. Bak kata gua dalam entry sebelum ni, lu orang bayar yuran beribu-ribu ringgit masuk universiti semata untuk khatamkan apa yang gua nak ajar ni. Gua pulak charge RM50 jew. Ilmu yang sama taw!
3. Takkan gua nak charge RM15? Gila apa? Itu rate taraf2 amatur macam Aloy Paradoks.
4. Tempat tu (UYA! Distro) gua kena sewa, maklumlah gua dah bagi tempat tu kepada Linglung.
5. Ya, lu orang boleh beli buku belajar. Gua tak pernah halang tapi gua pernah terbaca dekat mana ntah ""Barangsiapa yang belajar dengan buku, maka dia belajar dengan syaitan." Itu orang kata, bukan gua. Tipu orang tu, tipulah gua.

Apa? Tak puas hati lagi? Nak murah lagi?

Sori kawan. Itu last harga gua boleh bagi. Tapi gua bagi offer lah.

Okeylah, ini janji gua, kalau lu orang bayar RM50 dan attend sesi gua ni, abis pada sesi tu, lu orang tak tau nak buat dan tak boleh jugak nak keluarkan buku sendiri, gua pulangkan balik lah RM50 lu orang tu.

Itu janji gua.

So, apa tunggu lagi, UYA! tu kecik aje. Tempat adalah sangat terhad. Gua ulang balik.

Tarikh: 24 Julai 2011
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: UYA! Distro
Yuran: RM50 kalau daftar sebelum sesi. Kalau time sesi tu kalau ada hegeh2 nak join, memang gua charge RM250. Serius.

Kalau nak tahu info lanjut, emel gua.

xoxo.

4 comments:

aloy_paradoks said...

tak habis lagi tu busuk hati dengan gua,, lepas tu buruk burukkan gua. Gua buat event 15 ke 20 ke,, 50 dan 100 malah 200 pun pernah show gua.. tapi org tetap datang, sbb org tau gua akan bagi yg terbaik,, ni 50 entah entah suruh join MLM lepas tu.

Luca DK said...

nampak janji abang tu? kalau betul MLM, kira boleh dengar ceramah free la..

SELUT PRESS said...

nti abang akan bagi mcm mcm alasan..

Anonymous said...

dol, lu nak sangat ke 50? nah rm 50.00. pegi main jauh2