Monday, August 22, 2011

Diari Nak Dekat Raya

Sudah bertahun lamanya gua tak meriahnya raya. Gua dah lupa apa bestnya raya, apa bestnya balik kampung. Lagipun sekarang ni feel balik kampung tak macam dulu. Kejap lagi kalau gua nak balik kampung pun boleh. Naik ETS 2 jam je.

Tak macam masa gua duduk Serting dulu, time tu PLUS pun takde lagi, semua ikut jalan lama. Lalu Bukit Putus, Rawang, singgah kejap dekat Tapah dah sampai Ipoh barulah ada highway pergi Kuala Kangsar.

Time gua duduk Gua Musang, lagi thrill perjalanannya. Nak sampai ke Jeli tu pun dah jauh, masuk pulak Highway Timur Barat, lalu dekat Tasik Banding. Time tu memang rasa la nak balik raya.

Raya tahun ni pulak gua rasa family gua tak balik Batu Kurau. Yelah, Tokwan gua dah takde, so, tak tau nak jumpa siapa. Lagipun, gua bukan suka sangat balik kampung, ramai orang tanya soalan yang gua malas nak jawap. Mungkin gua dok kat Ipoh je raya kali ni.

Tak tahu time bila gua akan rasa hepi bila pikir pasal raya. Kalau nak shopping tu, gua rasa banyak lagi baju gua beli yang gua tak pakai lagi. Takat beli baju untuk family gua dan anak saudara gua yang 3 orang tu je lah.
Raya bagi gua hanyalah pengakiran bagi puasa. Ya, gua sangat gembira. Bukan gembira pasal tak payah puasa dah, tapi gembira yang kita semua akan kembali bekerja seperti biasa tanpa perlu mengira hari dan memikirkan lagi bilalah nak raya.

Banyak benda yang gua plan lepas raya ni. Jadi ada lagi 8 hari, moga kita dapat habiskan saki baki puasa kita ini dengan jayanya.

Amen!
Published with Blogger-droid v1.7.2

5 comments:

Cikgooden said...

OOO..tok ngan tok chey oghang batu kugho..upanya...

TAIN 3T said...

yang ni gua sokong lu mr muthalib... statement yg best

MushroomCute@Mariea said...

Selamat Hari Raya...huhuh...adalah tu nanti sampai masa rasa seronok nak raya...insyaallah

mki said...

Kau duduk serting apa tempat yeop?

fndrocka said...

amboi blogger droid