Sunday, September 18, 2011

Aku berlindung dari Fesbuk yang direjam.

Letihnya. Hari ini sahaja 3 buah open house gua pergi. Semua jauh2. Sekarang ni biological clock body gua memang teruk. Ni angkara bulan puasa dulu lah ni. Sampai sekarang tak boleh nak tune. Gua berharap sangat dalam minggu depan, hal tidur gua ini akan pulih seperti biasa. Tidur jam 12 tengah malam dan bangun jam 6 pagi. Itu sahaja yang gua mintak.

Berkenaan dengan kerja gua, memang berlambak dan tak siap2 lagi. Proposal untuk Technology Park Malaysia tu, patutnya sebelum puasa gua kena siapkan, dan ini dah nak abis raya benda tu belum gua hantar2 lagi.

Quotation untuk SME Corp, patutnya minggu lepas gua kena hantar, tapi still tak siap lagi.

Apa yang gua janji untuk semua anak murid gua pun gua tak bagi2 lagi.

Di tambah pulak gua sekarang ni dah jadi konsultan untuk satu produk baru, member gua punya. Produk yang lama tu punya marketing plan pun gua tak settlekan lagi. Aduh, banyaknya benda tak siap, dan ini sungguh setan.

Semua kerja2 ni akan menghasilkan RM, bukan sikit2 punya RM tapi gua tak taulah kenapa gua tak tergerak2 lagi untuk buat semua ini bersungguh-sungguh. Setan.

Memang gua dah terperangkap dalam zon selesa dan zon ini slow2 buat gua jadi bangang dan tak boleh berfikir dengan baik.

Gua perlukan satu rejim pekerjaan yang betul2 berdisplin. Gua kena ada bilik kerja sendiri yang gua sendiri syok nak buat kerja dalam tu. Masalah sekarang, bilik gua tu gua port 2 ekor kucing. Bilik lain tarak. Gua amat perlukan bilik ini, bilik yang jauh dari hiburan, talian telefon yang tidak penting, kurangkan melepak dengan kawan2 dan paling penting, jauh diri dari Fesbuk Laknatullah.

Gua kena masuk dalam bilik gua, buat kerja sungguh2 dan keluar hanya bila itu kerja siap. Sebenarnya sebelum2 ini banyak peluang yang gua lepaskan dek kerna sikap sambil lewa ni. Kali ni, gua taknak lagi semua benda tu terlepas lagi. Semua benda yang gua mahukan ada depan mata, jadi gua hanya perlukan sedikit usaha dan kesungguhan untuk gua pergi ke satu tahap lagi.

Gua kena mulakan semua ini mulai Isnin ini. Dan seperti yang gua cakap tadi, benda pertama gua perlu buat, adalah deaktif Fesbuk Laknatullah.

Sekian.

3 comments:

Rara. said...

tudiaaaa, fesbuk laknatullah teruih. hahaha

al-jambz said...

gudluck abam luka.

MushroomCute@Mariea said...

Sila cari org yg mampu menyumbangkan semangat yg power2 punya..Segera!