Wednesday, September 21, 2011

Bekerja untuk diri sendiri bukan untuk negara

Ya betul, susu dapat menyenyak tidur dan semalam gua tido awal sampaikan filem Hantu Bonceng yang gua beli dekat Astro First tak abis gua tengok. Gua ni kadang2 je marah dengan Astro ni, tapi apa dia buat semua gua langgan. Pakej Mastika pun gua langgan. Sebab tu lah gua rasa gua berhak mengamuk kalau Astro layan gua macam taik.

O.k, berbalik soal gua. Gua tido awal jadi bolehlah bangun awal. Awal tu pukul 8 lebih. Kira awal lah sebab sebelum2 ni gua bangun pukul 1.30 petang. Tapi side effect susu tetap ada. Asid akan keluar dari perut gua melalui tekak ke mulut. Itu tandanya gua diserang gastrik dan masalah itu gua atasi dengan telan 2 bijik Actal. Benda itu tak pulih lagi lalu gua sulam dengan air oren Minute Mait. Oren ini bersifat alkali jadinya dapatlah dia meneutralkan asid dalam perut gua.

Malam ni gua taknak minum susu untuk tido. Walaupun gua tak minum susu, gua tetap yakin gua dapat tidur nyenyak sebab gua sudah bekerja keras hari ini. Ini pun gua baru je sampai. Pagi2 lagi gua dah keluar pergi SME Corp. Horror betul. Tak perlulah gua ulas panjang pasal SME Corp punya pejabat ni sebab gua dah tulis di entry terdahulu. Lepas keluar dari opis jahanam tu, gua terus pergi Kelana Jaya untuk berjumpa kawan perniagaan gua. Gua tugaskan kawan gua untuk develop pertama miliknya so lepas melantak dekat Nasi Lemak Cikgu, gua dengan kawan gua ni terus pergi Nilai, tempat kilang gua.

Dalam perjalanan ke sana, topik yang kami bualkan adalah pasal kereta. Celaka, tak abis2 lagi pasal kereta ni. Gua dah tanam niat dalam hati, cukup je duit, memang gua pergi beli je kereta ni, gua peduli apa, kalau tak gua akan dalam situasi "what if" ni sampailah gua mati.

Girang rasa dihati bila sample yang dijanjikan telah tiba, ini bermakna gua bolehlah terus fokus pada soal packaging. Lupa gua nak bagitau, ah, kalau lu orang tak nak tahu pun, gua nak cerita jugak. Gua kini dah ada designer. Hah, dah dekat 2 tahun gua cari the special one ni, akhirnya gua ketemu. Walaupun dia hanya kerja 2 hari je dengan gua, tapi gua rasa dengan turunnya designer ini oleh tuhan dari langit ini bisa memudahkan banyak sekali kerja gua. Dan dari situ, dapatlah Percetakan Mutalib Uthman beroperasi dengan jayanya.

Balik dari kilang gua sepatutnya menguruskan hal buku2 terbitan Lejen Press, Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor. Biasanya perkara ini gua uruskan sendiri, tapi oleh sebab gua amat sibuk maka gua sub kan pada kawan gua, Abby, tapi hanya Allah ( A hurup besar ya) sahaja tahu betapa mahalnya harga yang berikan. Melihat pada harga itu gua nekad nak terjun masuk bergelumang dengan dakwat kembali, tapi last2 minit gua dapat SMS dari Deus mengatakan mereka sudah dapat tukang cetak yang baru. Gua pun mintak maaf la kat Deus, tapi gua hepi sebenarnya sebab gua sekarang ni masyaAllah punya bz sampai gua rasa gua tak mampu nak buat kerja tu.

Watdehel. Panjang sial gua taip. Gua nak sambung buat kerja. Gua sekarang dah boleh kata dah jadi wartawan untuk satu paper melayu tu. Rasanya minggu depan berita pertama gua akan keluar. Nanti dah keluar, gua akan tunjuk dekat sini.

Sampai sini sahaja, banyak lagi kerja gua kena setelkan dan apa yang disetankan, gua punya subjek tak daftar2 lagi. Doakan gua berjaya. Celaka, boleh rosak pulak hurup "J" ni, kena tekan kuat2 baru keluar.

4 comments:

Wadi AR said...

suroh tuka leptop baru la tu.

kan gua dah ckp susu tu enak.

Rara. said...

bro, lu keja apa? busy gila laaa.

Anonymous said...

lu gile ape oren bersifat alkali??
memang lu gile barangkali..
heheheh...

LS said...

Anon di atas memang gila barangkali