Saturday, November 26, 2011

Ke Melaka Kita

Bapak: Hari ini sempena cuti sekolah, bapak nak bawak family kita pergi Melaka.

Anak-anak: Horray! Bestnya dapat jalan-jalan. Dapat jumpa Hang Tuah dan Hang Jebat.

Realitinya:
Jalan jam dari Bangi sampai Melaka. Dari tol Ayer Keroh jam pulak sampai Bandar Hilir.
Mini Malaysia macam reban ayam.
Taman Buaya, buaya pun dah tua-tua.
Monorel Melaka? Dekat KL pun ada monorail yang tambangnya murah dan tak rosak tengah jalan.
Nak naik Menara Taming Sari beratur sampai 3 batu. Parking takde pulak tu tengah2 bandar. Cruise Sungai Melaka macam cruise dalam longkang.
Jonker Walk macam Uptown Danau Kota.
Dan paling akhir adalah, Hang Tuah tu cina, bagitau dekat gua, siapa dia orang melayu yang dok buh nama anak dia mula dengan "Hang".

14 comments:

telor power said...

melaka bandar bersejarah..welcome..welcome...

Naseb wa bukan org melaka

Hidemichi said...

betul jugak tu...takde lagi gua dengan Hang Muhyiddin. Hang Li Po cina kan?

Adamandum said...

hang tau apa???

Awa Nasuhaa said...

'hang' bukan untuk orang penang ke??

Miss Nadya said...

first time masuk blog ni seakan hati aku tertarik dengan semua entry ni..

anyway ur entry very nice lah..:)

Miss Nadya said...

first time masuk blog ni seakan hati aku tertarik dengan semua entry ni..

anyway ur entry very nice lah..:)

Anonymous said...

"Dan paling akhir adalah, Hang Tuah tu cina, bagitau dekat gua, siapa dia orang melayu yang dok buh nama anak dia mula dengan "Hang"."

Anda contoh mangsa 'penulisan semula sejarah' yang jelas.Memberontak tidak tentu hala.

Banyakkan membaca saudara.Ilmu saudara mengatakan hang tuah tu cina,sangatlah kelakar.Baca sejarah asal keturunan melayu selepas nabi nuh.Baca macam mana taburan keturunan bangsa melayu bertaburan dari madagaskar hingga hawaii.Jangan hadkan hanya pada kitab salatus salatin sahaja.Kitab salatus salatin pun,hanyalah salinan sahaja dari kisah lain yang lebih lama.

Berhasil jugak nampaknya kerja portugis padamkan sejarah melaka dan sejarah kegemilangan melayu selepas jajah melaka.

Hasilnya,ada orang seperti saudara.

mISz SheRa said...

anak jins samsudin hang tuah per?

Donna said...

Haa hambik kau!

Anonymous said...

entri ni kau nampak bangang

Anonymous said...

sudah2 la nak kutuk negeri orang.kalau kau tak puas hati dengan pembangunan negeri orang lain buang masa je.letak entri yang menarik lagi best.kau kutuk-kutuk melaka nanti rezeki kau tuhan silap-silap bagi kt negeri melaka.jangan nak bermegah diri.patut melayu tak maju.ada jugak otak udang macam kau.

ukur baju di badan sendiri la brader.

Anonymous said...

entri otak sempit lagi dari kau eh?
apasal?ex gf kau orang melaka?
dah break terus nak kutuk2?
ke kau ni memang akal letak kat bontot?
kalau kau malaysian dengan negeri lain pun kau sure boleh ok punya.

kari ayam said...

anon... why so serious??

Anonymous said...

kahkahkah...gua nak rilex2...cool la,tuan blog nieh nk rilex2 tulih...hahaha...hang yg dia nk bgtau sini gua agak mcm nama cina ''hang li po'' bukan nk kata betoi2 hang tuah tu cina...