Friday, January 6, 2012

Membeli Kereta Part 3

Tengahari tadi gua pergi test drive kereta 118i yang gua dah pun buat pembayaran bookingnya.

Kereta tu o.k, kecik, power, sedap dan kereta tu pulak baru.

Tapi sebenarnya gua takde hati dah dengan kereta tu sebab ianya hanya basic spec, bukan leather seat dan set dia pun setting macam kereta proton je, kena tarik sorong.

Selain enjin, lain2 takde specialnya kereta it. Dan menurut jurujual yang lagi satu, bilamana gua mintak pendapat, kereta tersebut susah nak jual nanti.

Pergi ke AB, Glenmarie ni macam setan. Kereta dia sikit punya banyak, gua punyalah rambang mata, tapi yang celakanya, semua kereta tu dah di book. Kaya2 betul orang Malaysia sekarang ni.

Brader jual kereta tu cakap, stok baru banyak masuk bulan 3 nanti. Cilaka, lagi 2 bulan?

Tapi secara positifnya, bagus jugak. Hujung bulan ni gua ke Vietnam. Balik dari Vietnam gua ada shooting selama sebulan. Abis je shooting tu, awal bulan 3, gua kena pergi China.

Maka, cantik sangatlah kalau kereta ada banyak time tu.

Sekarang ni, gua dah jatuh hati dekat kereta bawah ni. Masyaallah punya cantiklah kereta ni. Lampu depan dia macam mata helang dan lampu belakang dia macam rama2. Cantik betul. Tapi harga dia memang lagi cantik dan insurannya mahal macam gampang.

Tapi gua harap, tuhan murahkan rezki gua sebelum bulan 3 ni, sebab sekarang ni, atas jalan je, gua selalau terjumpa kereta ni. Law of attraction katanya. Kawan gua cakap dekat Motor Trader kereta ni murah sikit tapi gua macam tak berapa percaya sangat kedai2 2nd hand car ni. Ntahlah.

O.klah, sakit gua pun tak berapa baik lagi, besok tempoh akhir gua kena makan ubat, kalau tak elok jugak, gua punya ejen takaful kena bawak gua pergi Prince Court. Dia kata card gua ni boleh pakai dekat sana. Kalau kena bayar nanti, gua suruh je dia bayarkan.

Doakan gua berjaya dalam benda gua buat dan doakan gua cepat sihat.

8 comments:

FdausAmad said...

Faking shooting bende pulak ni??

SM said...

118i? apa barang pakai versi kompak. macam pondan! hahahaaa!!!

nizamsani said...

semoga sihat.

meo sepul said...

Part gi shooting sebulan tu memang aku gelak gile babi...

member lu yang tak seberapa said...

gua perasan, semenjak lu kaya ni ajak lepak pon dah tak nak. kadang-kadang gua sms pon lu tak balas.

tu la kadang-kadang aku lagi suka berkawan dengan orang yang susah macam aku. mereka sentiasa ada masa dan tahu menghargai kawan-kawan.

takpa la. gua doakan lu berjaya. tapi serius, gua cukup terasa dengan lu.

Luca DK said...

kakakaka. real real..

member lu yang tak seberapa said...

babi..

blog-tips-kurus said...

ok, baru nak mengenali blog ini. :-)