Sunday, April 15, 2012

Perihal PTPTN #1

Suatu masa dulu, gua pernah buat dek dengan loan gua ni. Sebabnya, gua dengar cakap Anuar Berahim, kalau Barisan Alternatif memerintah Malaysia, PTPTN akan dihapuskan.  Tapi macam selalu gua cakap, orang sokong BN bukan sebab BN tu bagus sangat time tu, tapi sebab pemimpin pembangkang ni buat kerja bangang.  Bangang macam mana? Bangang macam ketua pemuda PAS Bandar Tun Razak yang cakap dia nak jumpa gua sebab nak tengok gua baca Fatihah betul ke tak.  Lagi bangang bila gua cakap gua nak jumpa, dia buat seribu alasan tak nak jumpa.  Orang macam ni yang nak jadi pemimpin pemuda? Matilah woih.


O.k lupakan ustat tu, kita berbalik kepada hal PTPTN.

Gua 2 kali berhutang dengan PTPTN. Diploma dan Degree.  Masa diploma tu gua amik sebab ikut darah muda.  Gila kau tiba2 orang nak bagi duit dekat kau ribu2 dan masa tu pulak kau bukan pernah dapat duit banyak2 macam tu, gua sign jelah.  Haram gua tak peduli berapa interest dia buh.


Gua tak ingat berapa gua dapat untuk satu sem time tu, RM2500 kot. Gila tak kaya.  Gua dok hostel, makan dekat dewan makan, pergi kelas naik bas U paling penting yuran belajar pulak RM360 je.  Tu pun abah gua bayar.  Korang nampak kemana duit PTPTN RM2500 yang gua nampak tu? Nampak?


Benda pertama gua buat adalah gua tukar henpon. Kakakaka.  Macam setan.  Gua tukar dar hp jenama Alcatel yang bulat tu ke hp Sony.  Sony masa tak gabung lagi dengan Ericson.  Hp tu ada skrin kaler siot.  Bangga gua.  Gua rasa macam gua je pakai hp kaler time tu.


Itulah antara jasa PTPTN pada gua.  Nanti gua sambung lagi. Ini gua nak sambung dengar ceramah ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

6 comments:

Wadi AR said...

ko dgr ceramah mane woi?

Telor Power said...

tahniah. penggunaan duit yg sgt bijak. kalau tak guna nanti kena dimakan anai2 pulak. kehkehkeh

Si Gile Dan KeGILAannye said...

Kalo akulah kn..mst kasot aku da melambak smpi bley bkk bundle kasot krn duti ptptn...muahahaha...

Abang Zam said...

ptptn gua habis kan dekat meroyan. dasar anak jahanam gua ni

zaty luvlianncezzz said...

belum lagi meminjam . kalau dh pinjam nanti tarak tau apa jadi . ekeke

Anonymous said...

Still dibuka lagi pada mereka yang berminat untuk terbit buku sendiri?

Boleh mesej saya di 0183787125-Farah.

Saya berminat untuk tahu dgn lebih dalam lagi tentang cara terbit buku. Dan banyak soalan saya nak tanya.

Terima kasih.