Tuesday, May 8, 2012

Panduan Terbit dan Jual Buku Secara Indie

Tatkala Pesta Buku Antarabangsa Kolompo aritu ramai yang jumpa gua cakap yang dorang nak buat buku sendiri tapi takut buku tu takleh nak jual.


Nak buat buku indie, independen, bebas, fak mainstream, tapi kau takut buku kau takleh nak jual?


Kau tak tau macam mana nak jual buku kau? Isi borang SPA mintak jadi kerani la woih!  Tak payah nak indie2 ni.


Gua bagi tips.

1. Buku tersebut boleh dijual diseluruh event indie diseluruh negara; Maskara, Pekan Frinjan, Boco, Projek Rabak di Ipoh, Projek Gobok Buku di Jb.  Sebenarnya apa kau perlukan adalah rajinkan diri cari info, ringankan mulut bertanya dan jangan jadi bebal.


2. Kalau kau takleh nak travel malas nak pergi event2 ni sebab kau diva, divo dan pemalas babi; gua awal2 cakap tak payahlah buat buku sendiri tapi kalau nak buat jugak, ada beberapa penjual buku indie yang aktif, lu orang boleh mintak dia jualkan tapi kenalah bagi komisyen, dah lah pemalas lepas tu nak untung lebih, eloklah kau pergi mati. Penjual2 buku indie aktif ni contohnya Lejen Press, Aloy Paradoks, Distro Buku takpun Azizan ni memang kerja dorang masuk event untuk jual buku, jadinya, berdampinglah dengan dorang.


3. Kau pernah dengar nama Facebook?

Dari kau meroyan, jadi attention whore, marah polis, marah bersih, marah itu, maybank bangang, astro macam sial, mesin cdm cimb macam celaka, baiklah kau gunakan facebook kau tu untuk promote buku kau, tapi gunalah cara berhemah, janganlah kau spam wall orang merata takpun tag gua dekat gambar buku lu orang tu, percayalah itu takkan berkesan, rilek2 je promote, jangan sampai 365 hari setiap detik cakap pasal buku kau tu, man man sudah.  Ada caranya, pergilah belajar, lemak lah semua benda gua nak ajar.


O.k, itu sahaja, moga lu orang dapat manfaat dari entry gua ni.


Kalau nak terbit buku sendiri, semoleknya emel ke: mutalibuthman@gmail.com


RM1,000 tu sampai siap tau, lu orang just bagi manuskrip je dan PMU buat layout yang power, bukan layout pakai kaki punya dan konfem boleh jual.


Usah terlambat. Janganlah bila keranda dibawa baru nak bercucuran air mata.


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

pepol said...

adoi,duit x cukup lagi seribu,hahaha

Abang Zam said...

fotostet je boleh kan bang?
kahkah

Anonymous said...

suruh byk bertanya, tapi marah org tu tanye, suruh belajar, tapi marah org tu mintak ajar.. :)) =))

Luca said...

nak bertanya ada caranya.
nak belajar ada adabnya.

Anonymous said...

Janganlah bila keranda dibawa baru nak bercucuran air mata - terkenang zaman sekolah baca komik