Saturday, February 23, 2013

Pengalaman hidup berniaga : Dari Hidroponik ke Jagung Cup.

Aku sebenarnya handal dalam bidang hidroponik. Aku belajar dari abah aku. Abah aku dulu jual bekas hidroponik.

Abah aku dulu macam2 dia buat. Aku pernah ikut dia pi Chow Kit beli keychain untuk tolak ke sekolah2.

Last2 aku je rembat keychain tu. Bisnes itu memang aku tak nampak langsung potensi nak kaya. Mana idea abah aku dapat tak taulah.

Lepas tu abah aku jual ubat mata Qurotaaini dengan Sabun Susu Kambing. Ubat mata ni ada satu ustat Temerloh yang buat.

Ustat tu pun baru juga. Ubat mata ni jenis titik. Dia pos ke abah aku botol je. Sticker dengan kotak kena buh sendiri. Punyalah amatur.

Sabun susu kambing tu pulak jenama Saanen. Dia punya base dekat Taman Melawati. Ini gila babi punya. Pernah sekali satu kontena orang order.

Perniagaan ubat mata dan Sabun Susu Kambing ni biasanya bermusim, bila tak laku, abah aku buat bisnes lain.

Dia start meniaga masuk pasar malam. Dia beli ubat2, jual kereta dia beli van. Lepas tu masuk pasar malam.

Aku mula2 malu gila nak tolong abah aku. Aku menyorok je belakang rak2 time meniaga. Abah aku dengan adik aku je kat depan.

Nak menyusun ubat2 ni, gila babi bak hang. Korang bayangkan ubat penuh satu van hang nak susun satu atas meja. Sejam jugak nak menyusun.

Mula2 takdak tapak. Jadi abah aku menumpang lah. Kalau orang tak datang meniaga, abah aku masuk. Kalau takdak tapak ni kena mari awal.

Ada jugalah bila dah abis susun, tuan asal tapak tu tiba2 sampai, kena kemas barang2 masuk van balik, cari tapak lain. Punyalah seksa.

Tapi seronok meniaga pasar malam ni. Aku mula2 malu babi terus tak malu bila tengok duit masuk banyak gila. Kadang2 sehari boleh dapat 3ribu.

Kalau meniaga takdak tapak ni orang pasar malam panggil Rambo. Kejap je abah aku jadi Rambo, lepas tu dia beli tapak. Aku ingat murah lah.

Tapak pasar malam ni ikut tempat lah. Memang lah sekali meniaga kita bagi RM2 je untuk kutip sampah, tapi tapak tetap kita tu pun kena bayar.

Aku pernah tengok abah aku bayar RM1500 untuk tapak dekat pasar malam tanjung rambutan. Masa tu pasar malam tanjung rambutan ni power lah.

Seingat aku Pasar Malam Tg. Rambutan ni hari Khamis. Pasar Pagi dia pulak hari Ahad.

Lagi satu syok meniaga pasar malam ni, hari2 kau boleh makan sedap2 murah. Lepas tu aku boleh kenal ramai orang.

Masa abah aku meniaga pasar malam, abah aku dah bukak satu toko jamu dekat Taman Cempaka.

Taman Cempaka ni port budak2 Poli Ungku Umar. Depan kedai abah aku time malam je lengang, sebelah dia pulak BSN.

Tengok ramai je orang pi BSN cucuk duit, adik aku pi bukak kebab depan kedai, kakak aku pulak bukak jagung cup.

Jagung cup ni satu punya setan. Kau ingat boleh beli ke yang dah siap kopek tu? Mahal ya rabbi. Jadinya beli jagung batang, kopek sendiri.

Nak kopek jagung bagi dapat sebutir2 tu pun ada skill dia, kau kena cucuk tengah2 jadung tu pakai skrewdriver bagi dia terkopak 2.

Mampos kau kalau nak dapat berkilo2. Jual pulak 2.50 satu cup. Pernah juga aku ikut kakak aku meniaga depan Carsem Jelapang.

Meniaga depan kilang ni, sat je, minah2 kilang tu keluar naik bas nak balik rumah. Jadi masa amat terhad untuk kau tackle dorang ni.

Jadinya kau kena datang awal, masak, gaul dan bungkus siap2, bila dorang keluar terus ambik bayar, naik bas.

Power juga dari hal jual hidroponik membawak sampai ke jual jagung dalam cup ni. Besok aku sambung lagi lah.

Lenguh nak menaip.

11 comments:

Nik Zulkhairi said...

besyukur kau dapat abah yg baik lagi power. tak ramai orang ada abah cam tu.

OP Zaharin said...

"cucuk tengah2 jadung tu pakai skrewdriver"

huruf D dengan huruf G tu bukan duduk sebelah-sebelah. jadi aku agak kau memang macam adik aku, sebut jadung. keh keh keh

Anonymous said...

"cucuk tengah2 jadung tu pakai skrewdriver"

huruf D dengan huruf G tu bukan duduk sebelah-sebelah. jadi aku agak kau memang macam adik aku, sebut jadung. keh keh keh

Encik OP zaharin, hebat sungguh encik ini... dpt trace typo mcm tu.. saya salute encik!

. said...

hidroponik tanam apa?

Anonymous said...

anon March 4, 2013 pukul 2:25 PM

hang pasai pa sarcasm? pundekla! nak gaduh meh la. igt aku takut?????

butoh pak hang!

Shahrul Yusof said...

Laa.. Kedai jamu sebelah BSN tu abah ko punya rupanya. Dulu masa kecik-kecik, bapak aku selalu cucuk kat BSN TC tu, sebab dekat dengan kem.

TuN Zarie UTaMa said...

ensepelaitis...

saffiya_aleesya @ echa said...

bila nak sambung citer nyer bro..layan laa plak baca story ko ni huhuhu

Anonymous said...

zaman sekarang ni mana ada org cabut butir2 lagi dah. penjual jagung cup pun dah malas. so, pe kata ko buat tutorial cmne nk cabut jagung tu jadi butir2. ak pun teringin nak buat,

mr_kamil said...

ko tau bro ustaz quroataini tu orang kampung aku, ustaz fairus namanya , sekarang dia power dah,ada kilang dah, kedai dia sekarang dekat kuantan dah, sapa pegi kedai tepi benteng kuantan boleh lah jumpa dia

Encik Kobain The Undisputed. said...

Gua rasa gua pernah beli jagung kakak lu ni, rasanyalah..