Friday, June 26, 2009

(pidomat) gua xpandai internet tp adik gua terror gila

ini cerita betul.

masa gua form 2, gua pernah borak2 ngan pidomat. masa tu internet adalah benda baru. siapa ada komputer kat umah, kira mmg legend gila.
ikuti perbualan kami.

gua: bapak gua br beli pc utk gua, internet pun baru masuk, gua tak berapa reti sgt. takat microsoft word tu boleh la..

pidomat: gua tak reti sgt internet2 ni. tapi adik gua terror. gua tgk gak la. dia klik2, dia slumber je bukak sistem pertahanan perancis sume.

masa tu, tobat mampos gua respek gile dgn pidomat ngan adik dia time tu. internet masa tu dah la baru, adik dia selambe je hack sistem pertahanan perancis. mmg living legend ar!!

beberapa tahun kemudian, gua dah mula mengenali internet. bangsat gila bila gua pikir2 cerita di atas.

hari ini, tibe2 je cerita paling hancing gua kena kencing ni terkeluar dari fikiran lampau gua.

p/s: gua terpaksa keluarkan cerita ni sebab gua dengar pidomat mau lancar perang saraf dgn gua.

1 comment:

CaPiQa said...

haha.. 3, 2, 1, fire! xD