Friday, September 25, 2009

(ahmad amir b.ismail) damailah

kelmarin,
mak bapak gua datang kl. bukan nak melawat gua tapi melawat pakchu gua yang terlantar sakit di putrajaya. gua tak pegi pun join dorang coz atas sebab2 peribadi gua.

malam kelmarin,
makbapak gua tido kat umah adik ipar pakchu gua tu. dah dekat sebulan pakchu gua dok kat putrajaya tu, tapi sekali je gua pegi tengok. makbapak gua takleh nak stay umah anak dia ni coz gua takde umah. gua hanya merempat di pejabat gua.

semalam,
sebelum makbapak gua balik ipoh, time lunch gua borak2 ngan mak bapak gua pasal pakchu gua. mak gua kata dia makin sembap. gua cadang nak anta susu alpha lipid bagi pakchu gua makan n gua cadang nak anta susu tu besok.

tadi,
bapak gua call kata pakchu gua da meninggal. al-fatihah.

p/s I: dulu masa tingkatan 1, masa buat buku skrap sejarah, untuk topik "tokoh keluarga saya", pakchu gua ni la gua pilih sebagai tokoh.

p/s II: benda no.2 paling gua ralat ialah gua takde umah skang. mana gua nak letak sanak sedara gua nanti. masa ni gua rasa gualah anak paling tak guna sekali!!!!!!!!

3 comments:

[ o k e d ] said...

ni bukan mase nk mmblog wahai luca..lu pg la ziarah!!

Metamorphosis Boy said...

sempat lagi ko memblog eh..Takziah dari aku..

suhaila-ab said...

takziah jugak dari aku...
aku nombor yg ke seratus ke?...ish ish...jalan2 raya la ni yerp...