Monday, February 8, 2010

(gondol) betapa dia mencintai kalian semua juga...



nampak tak apa yang brader pyan habib, cik ana raffali "hujan bunga di kuala lumpur" n awek ala-ala aishah nurhakim tu pegang?

itu adalah bookmark "I heart GONDOL".

jangan tak tau I heart GONDOL da jadi fonomena skang ni. lagi fonomena dari orang misteri era yang tak bape indie tu. gua terima banyak dah request nak dapatkan bookmark "I heart GONDOL", antaranya dari zainudin maidin, daim zainudin, saiful bahri, dan sorang mamat ni gua syak dia menyamar je, barack obama.

tapi gua sound selambe je, "I heart GONDOL ni datang dari hati. bukannya diucap di bibir semata untuk menumpang populariti yang GONDOL kecapi sekarang ini."

bookmark "I heart GONDOL" ni gua berikan PERCUMA pada mana2 pemuja GONDOL yang true yang membeli buku MEMOIR GONDOL: Dari Desa Manong ke Kota Serdang je.. sebarang surat menyurat tidak akan di layan..

p/s: bukan itu sahaja dude! untuk 100 pembeli terawal, lagi dahsyat dia punye free gift. ni lagi rare. memang takkan dapat kat mana2 shopping complex.

ini dia...

poster bersaiz gergasi. sesuai di gunakan sebagai wall paper rumah, di tepek di belakang pintu bilik sebelah poster majalah mangga tomok new boy bergambar kat kolam renang takpun tampal kat dalam toilet je. remember remember remember 100 yang terawal je tau dapat poster seksi ni..

p/sII: gondol cakap, "awek2 di luar sana! jangan imagine macam2 guna gambo aku ni, nanti aku tumbuh jerawat banyak pulak..ik ik ik!"

8 comments:

Fa-T said...

Gua heart 'kulit' gondol!

Nadya said...
This comment has been removed by the author.
Nadya said...

mcm sial kan siap tumbuh jerawat. hahahahahahahaha~!

Luca DK said...

angkara lu ke? ik ik ik!

Aishah Nur Hakim said...

kena mintak royalti nih~

Luca DK said...

gua pun mau la kalo cmtu...

Mohd Shahrul Hafizi said...

Bro, gua nak beli.
Gua duk Bangi.

Belle said...

yeay dah dapat bookmark and poster itu di frinjan 9.0 ;)



i wish i could meet Gondol and mintak couple dengan dia HAHAHAHAHA