Thursday, March 18, 2010

(cikgu luca) pelajaran pertama lu orang

kos mendaftar perniagaan enterprise adalah rm50.

dan sedikit kesabaran.

pegi ke pejabat SSM ditempat anda.

mula2 lakukan carian nama. ianya percuma.

selepas nama pilihan lu orang lulus untuk di guna pakai, lu kena isi borang lagi.

isi borang ikut panduan yang ada di dinding SSM. isi betul2. lu orang boleh pilih nak jadi bos sorang2 (persendirian) ataupun ajak member lu rang ikut korang sama2 menghayati konsep 9/10 rezki itu datang dari perniagaan ataupun bahasa mudahnya perkongsian.

selesai isi borang, amik no. dan hayati konsep sabar itu sebahagian daripada iman.

lu orang juga mempunyai alternatif lain yang lebih mudah. jika lu orang seorang melayu dan pemalas (seperti biasa) lu orang boleh gunakan kuasa wang yang lu orang ada untuk menyuruh ulat2 SSM ataupun agent yang kejenya mendaftarkan perniagaaan orang2 malas seperti lu orang daftarkan perniagaan lu orang. kosnya adalah rm200. ya! satu bayaran setimpal untuk orang yang malas! bergembiralah yang perniagaan lu orang telah siap sedia tanpa lu orang keluar setitik peluh pun.

oh ya! lu orang memerlukan sekeping ic fotostet untuk melakukan urusan ini.

da settle sume, anda akan mendapat sekeping sijil tertera nama pernigaan lu orang dan sila gantung lesen syarikat lu orang di tempat yang boleh nampak dan bukan di dalam laci solek bini lu orang, itupun kalo lu orang ada bini.

berniagalah ikut bidang yang lu orang da tulis time lu orang atau ulat SSM time isi borang. jangan tulis menjual barangan runcit tapi lu orang pegi bukak rumah urut batin ataupun spa ikan yang gigit2 kaki tu. geli dowh! ultra vires namanya tu..

o.k, lu orang dah boleh mendabik dada yang kini korang sudah menjadi bos. pedulikan walaupun korang takde staff. berlagak je. takde orang nak marah.

baiklah murid2, selepas ini gua akan ajar camne nak amik lesen ngan PBT pulak. jumpa lagi!

p/s: gua tengah test tahap keilmuan gua dalam usaha untuk menjadi cekgu yang berjaya!

p/sII: PBT tu bukan projek buku teks tapi pihak berkuasa tempatan a.k.a majlis daerah ataupun majlis pembandaran atau untuk lelaki urban macam gua, dewan bandaraya..

2 comments:

cHeQgu sQema said...

hah.. bleh apply DPLI... ekekeke...

BajuKurung said...

RM70 la dow..