Friday, April 9, 2010

(gua) 3 kisah di malam jumaat...

kisah 1

gua memerhati masyarakat.

ada orang kena keje dari dari 8 pagi ke 6 petang, sambung ke malam semata2 untuk dapat rm600.

ada kawan gua, keje hanya sabtu dan ahad, sebulan 2 hari tu je dia keje, dapat gaji rm30,ooo.

beza bukan?

kisah 2

bil telefon - rm1500
kete - rm1200
sewa opis - rm500
api & air - rm700
gaji pekerja - rm3000
kilang - rm6000
kurier - rm4000
kad kredit - rm1200
TOTAL - rm18,100

jumlah yang gua kena tiap2 bulan, semata2 untuk dikenali sebagai "encik bos."

kalo ada orang boleh tanggung makan gua, bagi gua transport, bagi gaji yang boleh gua survive sebulan tanpa mengemis, besok gak gua berenti jadi kapitalis.

kisah 3

gua jarang pegang duit cash banyak dalam tangan. kalo ada rm50 dalam wallet gua, pecah je duit tu jadi duit kaler merah keping2, mula la tangan gua gatal nak beli itu ini. beli cekedis la, asam2 la, biskut famous amos la, back-ho la. ada je bisikan syaitan nak suh gua membazir.

so, untuk selamat dan tampak berhemah, selalu gua pakai debit card maybank je. lepas beli2 kena sain.. baru nampak urban.

ini cerita tadi, balik dari lepak ngan geng badger malaysia, jam 12.35 pagi, gua meluncur pulang ke serdang dari uptown damansara. melewati bandar kinrara, gua dapati meter minyak kete gua berat nak menjunam ke bawah.
dan berita gembiranya, cash gua memang da takde. buat beli otak2 kat uptown sebelum tu. dan berita lagi baiknya, selepas jam 12tgh malam, debit card memang takleh pakai, tak kiralah duit dalam tu ada 10juta sekalipun.

ah gampang!

minyak gua memang di takuk tidak selamat. andai kata gua meneruskan perjalanan, di syaki perjalanan pulang ke serdang gua hanya sampai di persimpangan bukit jalil sahaja di mana pembinaan gereja terbesar di asia sedang giat dijalankan. lu orang penah tido dalam kete dek kerna minyak kete lu orang abis? pernah? gua tak penah..

korek punye korek, akhirnya gua berjaya mengumpulkan wang sebanyak rm4.80 dan semuanya syiling. letak kat kaunter pun, bangla tu kira pat lima kali. rm4.80. fuh! nasib baik lebihan syiling lepas bayar parking kat alamanda ada tersimpan kemas dalam celah2 ruang simpanan di dalam kereta yang gua rasa tempat tu patutnya tempat letak air, tapi gua tengok da jadi macam peti ais ma gua. sume ada.

oh ya! jika anda parking di alamanda putrajaya, anda bayar parking yang berharga rm1 dengan wang kertas rm10, baki wang anda kesemuanya akan didatangkan dalam bentuk wang syiling 50 sen. pasti berat poket anda. menarik bukan? cubalah!

p/s: gua cadang nak beli kete yang minyak dia jimat. gua dengar cerita, kete viva kalo pegi kl dari ipoh, minyak dia rm15 je. tapa, budak sekolah gua yang cerita, kalo dia tipu, gua tipu lu orang la..

9 comments:

ape cer said...

btl2..gua dr kl ke kuala kubu pg balik rm10 je huhu

she-G said...

haah..mmg dgr2 viva jimat myk..bape jimat nyer tak tau la...tp lau pesen bawak keta jalan ni bapak aku y punya...tak de makne nyerrrr

she-G said...

weh...sentra pun jimat pe..balik kelantan dari raub ke kb..baru 40 hengget je...hahaha (tetiba lak)

CikMelur said...

pakai kelisa pun amatlah jimat..

10 hengget bley bawak dari kinrara sampai semban.


tapi, kelisa da ta kua sekarang. :P

CikMelur said...

pakai kelisa pun amatlah jimat..

10 hengget bley bawak dari kinrara sampai semban.


tapi, kelisa da ta kua sekarang. :P

cacah said...

ari tu belen parking alamanda aku dapat coin banyak2 aku gi tukar kat mamak jual majalah kat tepi eskalator sebelah ciken rice shop tu... bleh la duit 5rm dan 1rm kertas.

AMMOSHAM said...

gua cadang lu beli kancil. bapak gua dari kuala lipis sampai kota bharu minyak baru rm20. gua macam mimpi pulak kadang2 tu dengar cerita tu..

cHeQgu sQema said...

sayer drive mlk-ipoh = +-rm30... ok ker??

TAIN 3T said...

tengok la brader gua tarak tipu punya ramai dh bg komen sokongan.gua dh jenuh lanyak viva tu huhu...mmg terkejut koala manong jgk la fuel consumption dia