Monday, May 10, 2010

(pak arab foods) jalan2 cari makkulat : siri 4

o.k, siri makan2 ini kembali lagi. sila hepi. kalo gemuk jangan salahkan gua. salahkan lu tak leh kontrol selera makan. tapi jangan risau, dr. rozmey sedia membantu..

kali ini gua nak bawak lu orang menjelajah ke tempat roti nan paling sedap di dunia yang penah gua rasa selama ini. ini kira di dunia yang fana, di dunia ghaib gua tak sampai, so gua tak tau..

gua nak wat stail awek2 pegi tempat makan sedap2..

di sini, nan dia didatangkan dengan satu set..


ini dikenali dengan kebab pakistan. terdiri daripada daging. rupe memang tak cantik, nampak macam ramen romen tapi lazat yang amat. tak percaya? tak percaya sudah nama kau abu tetek kau seribu..

hah.. kat kedai ni, kuah dia ada 2 pilihan..

pilihan yang pertama ni kuahnya diperbuat daripada lasi. lasi tu menatang ape pun gua tak tau. yang gua tau ianya sedap. tak percaya? ah! gua malas nak ulang pantun kat atas tu..

yang kuah lagi satu lak gua rasa dia rare gak... selalu kuah wat pakai kacang dhal. so jadi kuah dal. kuah kat sini lak pakai kacang kuda. gua panggil kuah kuda.

gua jamin semua benda kat sini sedap. kalo nak datang try makan, lu orang bleh datang ke nilai 3. bawak mak lu orang sekali, kat nilai 3, memang sesuai dengan perilaku mak2 yang suke kain ela, kain langsir dan karpet. sila bawak duit lebih juga untuk 3 sebab utama. satu, untuk belanja mak lu orang shopping. dua, untuk makan roti nan satu set ni. dan ketiga, untuk belanja gua makan sekali.

lu orang bukan tau kedai tu kat mana pun kan? so, kena la gua tunjukkan. sape2 nak pegi, sound gua awal2 kat e-mel gua.

p/s: gua malas nak tulis panjang2 coz nak pegi amik pidomat baru balik dari china. berbedor gak tunggu apa la dia belikan untuk gua. kalo dia belikan gua keychain gak, konfem lain kali kalo dia suruh gua anta dia pegi lcct lagi, gua anta pegi klcc.. macam gondol cakap..

6 comments:

iza_fiza said...

bila tngk tu, sy dah teka...' mcm kebab pak arab nilai 3'. skali mmg btol da.. serius sedap!

she-G said...

eh???rupanya mmg tidak menawan hati...
nak buat cmna..hitam warna murung kan???hahaha

cacah said...

baru nak belanja tapi jauhnya kat nilai 3. huhu.
-shahzere-

cHeQgu sQema said...

nilai 3? okey, balik nnti singgah try tgok...

cHeQgu sQema said...
This comment has been removed by the author.
Bil said...

NAK! naan cheese ade?