Tuesday, June 29, 2010

(gua) jejak kasih: dari sungai koyan hingga ke bota kanan

bila ada puak2 bercerita soal zaman kanak2, zaman sekolah rendah, gua jadi cemburu coz tak banyak memori zaman sekolah ada dalam kepala otak gua.

yang ada hanyalah memori gua bersekolah di sekolah azlan shah, bota dari gua form 2 sampai gua form 5. sebelum2 tu, sume samar2.

idup gua dulu berpindah randah, sejajar dengan keje bapak gua seorang pegawai felda.

so, mengambil kesempatan gua ini, gua ingin buat program jejak kasih agar gua bisa berjumpa balik budak2 sekolah gua yang dulu2. mungkin gua tak kenal, tapi peduli apa, janji gua tau budak2 tu masih idup. kalo dah mati, itu nanti kita cerita kat akhirat.

o.k, gua listkan sekolah2 yang gua pernah bersekolah:

darjah 1 (1989) : gua sempat daftar je kat sekolah kebangsaan sungai koyan, raub, pahang. so, memang haramjadah gua tak kenal sape2.

darjah 1 - 4 (tahun 1989 -1992) : gua bersekolah di sekolah kebangsaan serting felda, bandar baru serting, bahau, negeri sembilan. rumah gua dulu betul2 atas bukit belakang mrsm serting. time gua dok sana, mrsm pun takde lagi. sekolah ni kira sekolah otai kat serting nih. harap2 sape pernah sekolah ni, sound gua. nanti kita wat reunion.

darjah 4 - 6 (1992 - 1994) : dari negeri sembilan, gua pindah dok gua musang, kelantan. mula2 gua sekolah kat sekolah kebangsaan gua musang 2, masa tu sekolah ni menumpang je, bila dorang dah ada bangunan sendiri dalam utan, dorang tukar nama jadi sekolah kebangsaan seri wangi. kat sini gua abiskan banyak masa2 remaja gua. dah lama jugak gua tak jumpe mamat2 atau minah2 sekolah ni bila gua dah abis upsr. yang gua ingat nazman zaiyadi, awek nama teh salehah abdul manan dan beberapa lagi. nama guru besar dia ismail tapi orang panggil cekgu wan. gua pun tak tau nape. nazman ni gua ingat sebab dia selalu lawan2 pekse ngan gua. teh pulak, malas gua nak cerita. nanti awek sweet jeles lak. gua pernah jumpe sekali budak sekolah ni, cik nama dia, time gua belajar kat itm, tapi dia bantai bawak bergaduh plak ngan gua time main futsal. takde nak kenang zaman kecik2 langsung. kira nak tunjuk lagak bodoh kaum dia je kat tempat orang. gamaknya dia lupa yang uitm shah alam tu ada kat selangor, bukan kelantan. tidak mengapa, gua rasa bukan dia sorang saje orang dari negeri tersebut mengalami masalah sebegitu. gua dok sana, gua tau la..

form 1 - 2 (1995 - 1996) : abis upsr melayakkan gua masuk sekolah menengah. gua sambung sekolah menengah gua di sekolah menengah kebangsaan agama wataniah, machang, kelantan. o.k, sekolah ni nama macam sekolah asrama penuh, tapi ketika itu, asrama pun takdak. asrama lelaki dia macam dalam kelas dan asrama perempuan terdiri dari rumah2 orang. nak skodeng memang senang. tapi gua kecik, mana tau nak skodeng orang. kawan gua ramai gak kat sini. tapi haram gua tak ingat nama. yang gua ingat sorang awek pasir mas, nama dia zanariah yusuf. o.k, gua juga ingat kawan baik gua nama dia jalaludin bin jusoh. tapi madefaker apa kawan baik, alamat dia gua pun takde. ada lagi sorang kawan baik gua nama dia saiful nizam. mata dia sepet. kami panggil dia bugis. dekat sekolah ni, gua pernah bergaduh dengan sorang mamat jeli just sebab dia tak suka gua budak luar. macam madefaker bukan. budak jeli tu ada sorang laki bekap dia, jadinya 2 lawan 1 lah. budak2 lain tengok2 je kami bergaduh. last2 dua2 masuk hospital tengah2 malam buta. padan muka. tapi itu cerita kecik2 la. apa2 pun gua tetap nak cari kawan2 gua kat sekolah ni. ada sorang tu yang gua ingat jadi johan tilawah kebangsaan, azawan kalo gua tak silap nama dia. gua dulu panggil dia biri2. biri2 pun pandai baca koran. kagum gua.

sampai situ saja.

lepas pada sekolah kat machang tu, gua transfer masuk sekolah ni. cita2 gua nak jadi ulamak, nak sambung belajar kat al-azhar dan balik malaysia jadi ulama' pastu masuk umno. begitulah plannya. tapi kita merancang, allah juga merancang dan rancangan allah adalah yang terbaik, segala yang gua impikan tak menjadi. gua ubah cita2 gua dari jadi ulamak pada jadi dr. rozmey je. mudah sket. alah, member2 gua yang lain sekor pun tak jadi ulamak. azhan bahakodin yang memang true kelas agama pun jadi pegawai astro je. tapi bagus gak dia jadi pegawai astro, bleh rekonnet balik akaun astro gua kalo kena potong.

o.klah, gua agak ini entry paling panjang gua merepek. gua harap gua dapat jumpa balik kawan2 sekolah lama gua. kalo lu orang terbaca ni, add gua kat fesbuk, takpun anta emel sepam kat gua: lucadeketiak@gmail.com.

gua menantimu.

:-)

6 comments:

Days said...

haah ..lu penah dok serting heh luca.wahh.umah lu ats bukit tu ade lagi kot skang hehe.tp zmn lu skolah tu aku xlahir lagi hee..dh lahir tp lom nak skolah lagi kot

kelabu asap. said...

Nak bukak kedai,semangat cari membe-membe sekolah.hehe.macam geng-geng MLM.

Luca De Ketiak said...

lu berminat ke?

pm me now..

Jln_jln_Cari_Pasal said...

gua mcm familiar la nama nazman zaiyadi tue...budak gua musang gak...satu skolah ngan gua waktu skolah menengah...

Luca De Ketiak said...

dia sekolah menengah sekolah ahmad maher. teh saleha pun sekolah tu gak..

cacah said...

haha. i sekolah wataniah tu. dari 1995 gak, form 1. maksudnya kita pernah sama2 orientasi gitu. tapi sampai bulan 3 je. pastu tukar sekolah.