Tuesday, June 22, 2010

(sembang kencang) wahai penduduk bumi! sila beli buku ini! plz, plz, plz, kamu jangan kedekut.

o.k, baru kejap tadi semasa asyik menonton buletin utama, gua disound di fesbuk oleh pidomat supaya mempromote buku ke-2 terbitan gua dan hasil penulisan dia.

tatkala gua bz ni, gua gagahkan jugak. kalo tak, nanti penulis dia kecik ati. sket2 tacing. menyampah gua..

sebelum2 ini tersebar fitnah bahwa gua adalah pendesain kaver buku pidomat itu. mungkin dorang ni ada otak kapasiti rendah coz terus terang kat belakang tu dah tulis bukan gua yang buat desain kaver tu. itu untungnya sape yang beli. sape tak beli pastu tulis cas2 macam dia dah beli dan cas2 macam dia yang tulis buku tu plus macam dia kenal sangat si pido (panggilan manja ciptaan anon), nasihat gua, belilah dulu buku tersebut.
selain dari dapat ketenangan minda, lu juga akan menyumbang pada pembukaan uya! kelak. terima kasih gua ucapkan.

oh ya! berbalik pada soal kaver buku, lu orang jangan bagitau cerita ini kat pidomat tau. ini kisah benar.

ketika menunggu pipiyapong menghantar prakata menerusi sms serta janji2 manisnya yang lain, gua isi lapang gua dengan mendesain kaver di satu lokasi rahsia. ada satu mak datin bersama-sama gua ketika itu. setelah abis otak gua diperah, maka keluar lah desain seperti di bawah ini..
gua bersorak girang tatkala desain konsep kaver ini siap. memang boleh pukul buku2 sufian abbas la, asyik2 gambar pompuan. konfem!

tiba2 datin yang tadi hanya memerhati kegirangan gua, tiba2 melontarkan satu pertanyaan menusuk kalbu,

"budak ni ada penyakit sindrom down ke, semacam je i tengok gambar dia?"

huh! tak banyak cakap gua terus hempuk laptop tu kat muka datin tu. biasa nih! hina sahabat gua! memang patut dia kena macam tu. padan muka! huh!

gua terus depressed dengan soalan dan perilaku tadi. desain gua yang tadi tu terus jadi cacamerba. malas berfikir panjang, gua suruh seorang auntie mendesainkan kaver buku tersebut. maka, wujudlah kaver buku sembang kencang yang kini hangat berada di pasaran.


p/s: sekali lagi gua mintak kat lu orang, gua mintak sangat lu orang jangan cerita pasal kaver ni kat pidomat. gua takut dia kecik ati.

p/sII: sape2 nak beli buku ni, bleh beli kat SINI.

p/sIII: gua harap lu beli la buku ni banyak2. pidomat kata buku ni untuk tabung pelajaran fateem dan faseeh. gua iyekan aje.

ps IV: masa hari pelancaran tu, gua takde, so pidomat buat pelancaran ke-2 di maskara bulan julai nanti. hah! kalo beli kat sana dapat jumpe pidomat.

16 comments:

hentakbelipat said...

nanti gua kasi promote la buku ni kat belog...

nizamsani said...

esok baru aku gaji.

ptos said...

gua br dpt buku smlm..nant gua promote smbil pegang buku kt dada

-tp dah ramai yg nk mintak pinjam dr yg nk beli..

Anonymous said...

keh keh keh..

mana komen aku? dah padam?

haa...tau pun panas kan? Amacam? Best kalau orang provoke ko?

ko kan seronok kacau orang.

Steady?

Steadddyyyyyyyyyyyyyyy!!!

Wakakakakakkakaa....


Apapun..ko kena tau satu fakta.Ko memang barai bab design.Jangan rosakkan karya orang.Ciow.adios amigos.


(Geleng-geleng kepala)

Luca De Ketiak said...

celaka. sape padam komen lu semalam.

jap nanti gua cek gua bagitau lu.

xoxo

Luca De Ketiak said...

ah gampang.. gua bleh terespon lak. sure lah anon ni suke hati... hish..

speedrider said...

kenapa kena ada nama pipi?

Anonymous said...

sebab tu kejadian benar. tak caya, tanya pipi. kalo nak tau lebih lanjut, beli buku tu..

zan said...

Tapi isu kaver memang tersebar luas semasa perasmian di KLAB tempohari..

Sampai putih kejap muka pidomat nak menjawab isu kaver bagi pihak penerbit..hahaha

Anonymous said...

Pipi kan dewa blog.Strategy bisness la ni.Pakai sms pun kira jadi.keh keh keh..

siannnn kat pidomat.

Takdenya aku nak sukahati dengan respon ko tu luca...ko tak reply pun aku tak heran.

Aku bukan nak pelece bisness orang,orang nak bisnes aku memang suka.Suka tgk orang nak maju.Cuma perangai ko tu barai.Perasan bagus.Rilek rilek sudah.

Sekali sekala kena cuit...apadahal kan?

Cuba tengok design blook orang lain.Kalau malas nak cari,meh aku bag contoh.Ni bagi aku,kira ada market la.

1.http://3.bp.blogspot.com/_mZ2xYyxUYIo/StLaK1P_E-I/AAAAAAAAAVc/M0ejV9I9q-A/s320/romlah.png

2.http://2.bp.blogspot.com/_mZ2xYyxUYIo/StLaKQkk4QI/AAAAAAAAAVU/8j0jFU1j1YQ/s320/youwantagumzn9.png

3.http://1.bp.blogspot.com/_s-DLJ6tupvg/SwYzO2KtqiI/AAAAAAAABJA/txQvZ86i66M/s1600/hapacrita7.jpg

4.http://1.bp.blogspot.com/_nYOP38JY6l0/S1-0r39wUdI/AAAAAAAAAY0/z4spb7Ucbg4/s320/se.jpg

ha..tu baru sikit contoh.

serius..kesian kat pidomat.


Ok..orang kerek..kita kena kerek.Baru steady.

Amacam luca?

Steady kan..

BigMek said...

lu ngan pidomat memang lagi kool dari hanis zalikha..spring beb

Luca De Ketiak said...

jen..

lu ke menyamar jadi anon selama ni?

asyik petik kaver lu wat je nih?

lu jangan macam2 jen..

FdausAmad said...

Assalamualaikum,

Nih apa yang sedang berlaku ni?,

gua nak jual buku pun terganggu.

Anon ni sape Luca, lu kenal ke?,

Macam ni la..entry ni untuk promosikan buku tapi gua tengok ada banyak pula kritikan pasal design buku, sambil mengheret sekali pipiyapong.

Buku ni yang penting isi dia, kulit tu gua tak kisah pun, serius. Ramai pembeli pun tak komen pasal design, setakat tanya2 tu ada. Tapi bottom line, design tu tak effect sale. Sale jalan macam biasa.
Terima kasih pada semua pembeli.

Prakata tu pulak gua sendiri yang nak pipiyapong buat. Bukan isu strategi pemasaran sangat,tapi lebih kepada penghargaan. sebab sebelum ni banyak juga buku buku indie yang ber-prakata otai otai, tapi sale kureng.So prakata sapa yang buat pada gua bukan tanda aras buku tu boleh laku ke tidak.

Gua bagi pp buat prakata, vovin buat launching..ini sebagai penghargaan pada kawan kawan blog yang bagi tunjuk ajar pada gua sebelum ni. Minum sama sama, lepak sama sama, hendel projek sama sama..bila gua buat buku, gua rasa sepatutna gua bagi credit pada mereka.

Kawan kawan blog lain pun ada, cuma jarang melepak. Mungkin masing masing sibuk kerja. Jadi gua tak berapa kenal sangat.

Cilake panjang pulak gua komen, macam tulis entry.

Lu orang jangan lupa datang Maskara 3hb July ni, tempat biasa.

Ada 2nd launching, kali ni pp pulak launching.

Hah, ni gua nak tanya..Anon ni dah beli ke belum buku gua?

zan said...

Hamik ko sekali tuan punya buku kasi reply..kalau tak makan dalam tak tau nak kata lah..hahaha

Anonymous said...

keh keh keh..

aku da beli buku ko pidomat.Aku tadahal dengan cerita-cerita ko.Aku pembaca blog ko.Tapi aku beli under nama orang lain.

Cuma si luca ni kerek lebih2.Aku tadahal dengan ko.Seronok sangat dia provoke orang.Sekali aku provoke dia tgk.Macam mana pergi.

Dia mungkin lupa orang yang tak puas hati dengan perangai kerek dia.Takpa..bagi dia leka sket.Ni dah kena kita tgk macam mana.

Kepada pidomat..aku tadahal dengan ko.Aku pernah jumpa luca ni.Sebab dia kerek sangat,aku nak tgk kerek macam mana dia boleh tahan.

Ni antara luca ja.

Blog ko..buku ko memang steady pidomat.Takda masalah dengan ko.

Wa tadahal.Ha,dah keluar wa wa dah.

Anonymous said...

Oh ya..tak payah nak salahkan jen.Kesian orang tak bersalah.

Aku ni pembaca bebas.Takda blog.Takda apa-apa.Cuma suka membaca.4 buah contoh blook kat atas tu hanya rujukan untuk ko.Tu semua contoh blook yang aku pernah beli.Memang puas hati.Tuan blog pun rilek-rilek.KerjaTakda kecoh-kecoh.Kerja bagus,aku cakap la.

Pasal buku pidomat ni,isi dia memang puas hati.Cuma tang kaver ja,kena pulak ko buat,memang kena la.Nasib.Selalu pelece orang,sekali sekala kena pelece balik,amacam?

Ubah perangai luca.Kurangkan sakit hati orang lain.

Adios.
Sampai sini saja provokasi aku.
Hahaha.

Kalau lepas ni ada anon,bukan aku dah.Sebelum-sebelum ni pun bukan aku sorang jadi anon.

Hahaha.

Bye.

(Geleng2 kepala kali terakhir).