Monday, August 30, 2010

kenapa orang malaysia tak nak kibar bendera?

ini satu pemerhatian gua.

tidak kira dengan idup atau mati.

mengapa orang malaysia sekarang tak suka kibar bendera malaysia? waktu gua kecik2 dulu, boleh kata meriah je orang kibar bendera malaysia ni. kalo kat teksi tu penuh depan belakang. bangunan2 tiap satu pasti ada pasang bendera malaysia. angkasapuri pun siap pasang bendera malaysia besar2 alam.

kenapa sekarang semangat ini dah takde?

sebab, kerajaan dah paksa2 rakyat pasang. kita pulak, bila pasang bendera rasa macam kita sokong kerajaan. padahal kita tak suka. kalo pasang bendera tu tunjuk sayangnya kita pada pm dan bini pm. dan bila kita pasang, paper akan kata, betapa kita menjujung semangat 1malaysia. fak ape? sebab tu gua rasa ramai taknak.

skang ni kalo bendera bagi free pun orang tak nak. kalo dulu gua sanggup buat pakai kain putih dan water kaler. tapi gua tak tau spirit tu pegi mana. ilang macam spirit spirit of the coin, please come to me je.

o.k itu je entry gua sempena merdeka. tapi gua pasti satu benda je, british bagi kita merdeka sebab british masa tu dah tak lalu nak lawan komunis. kena manjang. jadi dia cakap kat tunku, "o.klah, kawtim, malaya merdeka tapi lu kena lawan komunis."

gua rasa kalau kerajaan bagi komunis jadi parti yang halal time tu pun, takdenya orang nak sokong komunis tu. ini bila dia haram, ramai la orang sokong, cas2 rebel. letak logo tukul dan sabit tak tentu hala. baca buku karl mak tebal2. orang melayu kan suka yang haram2. kalo benda halal, tak berapa thrill katanya..

tak gitu?

13 comments:

ashraf sahdan said...

yes. orang melayu, konon2 rebellious. kahkahkah.

Anonymous said...

lu rase ramai tak yang suke lu?
kalau ramai mesti lu ni haram.kan?
cerdik tak gua?

sinaganaga said...

gua rasa, orang dah tak pasang/gantung bendera Malaysia kerana orang dah takde duit nak beli bendera.

ada kawan gua - nak beli top up pun selalu miss - inikan nak beli bendera.

sekian, terima kasih.

dugongsenyum said...

mana nak cari lagi bendera harga singgit?

djambu puadovich said...

coklat dlm tiub yg beso2 taik kambing tu ada bendera gak kan? ada jual lg tak?

kareem said...

luca, lu punya pemikiran sempit dan bangang..

Wan Perlis said...

gua nak sebat namawee

zan said...

sampai ke sini si kareem ni bawak kepala bodoh dia? wa ingatkan kat dalam sokernet jer...duh!

Luca De Ketiak said...

jen,
rais yatim ada bagi bendera percuma aritu.

ds,
rujuk jawapan dp bawah tu.

kareem,
tolong bagi gua tips untuk mempunyai pemikiran yang luas dan pintar. makan examo kah?

wan perlis,
dia kan anti-racist. lu racist ka?

zan,
ish, takbaik kata dia macamtu. kang dia kecik ati, lu nak pujuk?

Ashraf said...

tak kisah pun pendirian politik kotor mana satu, tp jiwa nasionalis kena tanam dalam2. bendera negara simbol lahiriah nasionalis,bukan simbol politik.

gua saspek jd camni pasal kita makin senang,perut makin buncit, hati makin girang,jiwa makin riang,kita terbayang2, lalu terhuyung hayang, tak kenal jiwa merdeka yg true,tu pasal leka tak nak kibar bendera. hipokrit kita nyanyi lagu2 dendangan roy,tp bendera pun kita tak gantung.

tp bab komunis tu mmg betul.kalau ye la halal parti tu,xde org pun nk join.org kita mmg suka benda haram.tp buat ape nk tanggung risiko halalkan n kemudian menyesal di kemudian hari,baru kita nk menggelupur.

kareem said...

aku bukan kareem sokernet lah bodoh bahlul

rajiehamid said...

Mak cik tumpang semangkok. Seronok gak kadang-kadang join pemikiran orang muda ni. Agak lambat sebab mak cik baru jumpa blog ni. Betul bukan pasal politik. Tak sokong kerajaan bukan bermaana kita berpolitik.Kalau berpolitik kita ada masa dan tempat iaitu masa pilihanraya.
Jadi tak pasang bendera sebab kita marah dengan kerajaan yang ade. Dengan ketidakadilan mereka, dengan kebaculan mereka, dengan keangkuhan mereka.
Adatlah kalau ade penyokong yang nak membela mereka. Tetapi sebagai anak Perak yang boleh berfikir out of the box mak cik rasa mak cik telah ditipu dan dirompak oleh kerajaan BN(bukan berpolitik ya tapi nak menyatakan kerajaan mana yang sedang menyakitkan hati mak cik)
Betul kita munkin berhutang budi kerana merdeka melalui mereka. Tapi benda ini orang lain pun boleh buat dan turut berjuang. So tak timbul soal hutang budi. Hanya orang yang malas saja yang berfikiran dia masih berhutang.

Muhammad Amirul Baharti said...

if komunis adalah parti halal , masa 2 ramai yang akan sokong.. tgok mcm mana rakyat dulu, keluar untuk tempur revolusi.. mereka memang nasionalis.. mereka syg kan tanah air.. dan mereka tidak mahu menjadi lembu di pimpin oleh pucuk pimpinan yang memang jelas salah.. pasal bendera, setakat bangga sangat dengan bendera malaysia buat apa.. hahahahaha