Wednesday, February 23, 2011

Catatan pukul 4:04 pagi

Gua ambil keputusan untuk berhenti terlibat dalam scene indie (indie dalam pengertian gua sendiri) selepas ini.

Event yang terakhir gua rasa adalah FUTSAL SOKERNET 2011. Tapi gua rasa Sokernet ni bukan indie, dah masuk mainstream. Tahun depan target ada tempat futsal sendiri. So, gamaknya tiada lagilah event indie yang gua akan involve secara langsung. Lega. Takat datang event kawan-kawan tu bolehlah.

Lepas ini gua akan kembali pada kerja-kerja gua dulu. Jadi peniaga dan kembali menghiasi dada-dada akhbar. UYA! Distro tu pulak gua sudah ubahsuai jadi Rumah Buku, seksyen gua, gua kecilkan. Jemput datang ke pembukaan kali ke-2 pada 1 Mac 2011.

Jadi, gua harap lepas ini gua akan lebih happy. Boleh kejar balik banyak benda yang gua tertinggal selama ni. Jadi CEO of the year misalnya.

P/s: Banyak orang cakap itu ini. Tapi gua nak cakap, apa yang kita lalui mungkin berbeza, mungkin kalian dah lama dalam bidang kalian tu, tapi yang sedihnya, masih sahaja ditakuk itu. Statik dari mula sampai sekarang. Tiada erti bukan? Berfikir besar sedikit, pasti hasilnya berbeza. Percayalah.

P/s II: Gua takut sekarang ini sebab gua rasa banyak sangat orang kata diorang pandai dan tahu itu ini lebih dari segalanya, dan untuk tunjukkan dorang tak pandai mana, gua kadang-kadang terpaksa jadi angkuh. Demi tuhan, malaikat dan rasul, gua langsung tak suka dengan apa gua buat tu, gua seboleh-boleh tak nak orang tahu apa gua buat, cuma gua kadang-kadang gua geram sangat tu, keluar lah ayat riak bangga diri macam-macam bila tengok orang pandai sangat ni. Ya, gua akui dorang pandai cakap, pandai buat tapi payahlah bercakap dengan gua macam gua ni tak tahu apa-apa. Macam gua ni datang dari kampung, baru nak tengok dunia, dah dorang dah lalui segala perkara manis dan jerit perih kat dunia ni.. Kah kah kah.. Serius gua bosan bab ni, sebab tu banyak masa gua senyap dan gelak-gelak je. Tapi gua pikir-pikir, baiklah gua jadi macam dulu, siapa pun tak tahu gua, gua pun hidup tak banyak buat dosa. Moga tuhan ampunkan gua.

P/sIII: Lepas ni gua nak buat kerja gua, lepak kat UYA!, mengajar orang, tolong orang tapi berpada-pada, buat buku, dan buat benda-benda hepi je, benda menyesakkan otak takde faedah gua persetankan je. Ikut filem, tahun depan kiamat. So, masa dah tak banyak dah..

P/s IV: Gua tak boleh nak puaskan hati semua orang. Dapat puaskan hati mak bapak gua, makwe gua, partner bisnes gua di UYA, Dubook Press dan Sokernet Media pun gua rasa dah puas hati.

Cheers!

11 comments:

REPUBLIK N9 said...

gud luck...luca 4 all!!! ha3

afrohead said...

selamat maju jaya!

pakkordi said...

Yang penting kau happy, girlfriend happy dan family happy.

Dah happy nanti boleh lah kawin.

Nik Saiful Anuar said...

semoga beroleh kejayaan la ke abg luca, hehe

Lucius Maximus said...

Kalau scene Indie tak jalan, gua sajes kita main scene India kat Brickfields, apa macam?

Apa-apa pun, semoga suskes selalu hendaknya

i'msosupernotcool said...

Sokernet Media, ape tuh?

Sukses! Sukses! Sukses!

Pipiyapong Abdillah said...

Sensitip juga ko ni rupenye

deng dang said...

Luca ni,baik orangnya.

BajuKurung said...

"Baik sgt" (tgn ke bahu)

Anonymous said...

Bukan apa bro, gue dah lama perati, lu pun sama perasan bagus je. dan lu pun takdelah bagus mana pun.

anyway, gue ucapkan selamat berjaya kepada lu. mudah mudahan apa yang lu hajati dapat termakbul

-sopian-

Anonymous said...

ala cayang, bucuk-bucuk.... tak indie lah kalau you dah takde... deme tersasul tu. nerves kot bila jumpa u. sok malam kita jumpa ya. lap u lap lap u