Tuesday, March 15, 2011

Pasar Malam II

Hari ini, gua nak cerita pasal pasar malam lagi. Ya, hantu pasar malam telah merasuk gua.

Untuk berniaga di pasar malam, lu orang kena datang awal. Lagi-lagi kalau lu orang 1st time berniaga kat tempat tu. Mulut kena ramah dan rajin bertanya dekat peniaga-peniaga lain, ada tempat kosong tak? Kalau ada, tanda dulu, jangan ghairah nak berniaga. Manalah tahu, tiba-tiba peniaga tu datang, memang jenuh nak kemas.

Lagi satu, kita mesti berpakaian biar kena dengan apa kita jual. Macam gua dulu, gua jual herba tapi gua pakai jeans, t-shirt dan pakai selipar, memang takkan laku. Niaga bundle takpun selipar crocs bolehlah pakai camtu. Ya, 2 hari yang pertama gua berniaga di Kuala Lumpur, barangan herba jualan gua, kurang laku. Hari ke-3, gua tukar taktik. Gua pakai baju melayu hitam dengan kopiah Raihan. Bab kopiah ni main peranan jugak. Kalau kita pakai songkok, orang akan ingat kita orang Umno, orang Pas takkan beli, dan kalau kita pakai kopiah putih, orang akan ingat kita orang Pas pulak, orang Umno takkan beli. Ya, politik memainkan peranan penting dalam menekel pelanggan. Oleh itu, kopiah Raihan adalah terbaik. Lagipun semua orang suka Raihan, dan mereka juga ada reputasi baik, tak macam Pipiyapong yang sedang giat mengorat budak sekolah, gua dengar.

Bila gua pakai camtu, barangan jualan gua menjadi. Tapi banyak stok makcik-makcik dan pakcik-pakcik jelah beli. Makwe jangan harap. Alah, gua bukan alat solek sampai makwe nak datang beli. Satu hari tu dapatlah gua dalam 3 rat lebih. Untung bersih dekat 1 rat, kalau berniaga 20 hari, lu kiralah sendiri. Itu kira pasar malam je, belum masuk pasar pagi dengan time jumaat lagi. Bak kata orang, lumayan jugalah berniaga pasar malam ni. Kerja kejap je, dari pukul 6 petang membawak ke 10 malam. 4 jam kerja je. Makan pun senang. Tak payah nak pikir banyak benda lah orang kabo.

So, siapa-siapa minat nak berniaga tu, try lah masuk pasar malam dulu, jangan pikir nak berniaga besar-besar sangat kalau modal takde. Jangan menyeksa diri. Satu je gua nak cakap, Fun woih!

11 comments:

bact said...

perghh!!

Ismail Fitry said...

Dulu pakcik kawan aku sebulan dapat sampai 20 ribu, meniaga baju dan jeans tiruan kat pasar malam. Giler kaya!

afrohead said...

pakaian memang main peranan nak meniaga ni. first impression orang tu sebenarnya merupakan strategi perniagaan tu. dapat tangkap sorang beli utk first time, memang boleh ikatlah untuk dia beli 2nd time nanti.

intan.maisarah said...

WOW

jo ghazali said...

wah. keuntungan akan lebih afdal jika dibuat belanja rakan2. untuk itu, aku oder teh tarik dgn nasik goreng ikan masin in-advance

kawan kepada peniaga di pasar malam said...

betul. member aku jual keropok lekor jek. tapi dia dapat recover balik finance dia. gila ah. kereta hampir kena tarik. hutang mak dia lagi. nak menyara adik-adik sekolah lagi. hutang belajo lagi.

meniaga pasar malam memang untung.

hentakbelipat said...

gua ad try jual tapi bukan pasar malam...gerai sempena acara tahunan kolej swasta...satu gua perati, utk laku dalam event mcm tu..kena bagi free tester..kalau x diorg dok tgk je dari jauh

Anonymous said...

sebenarnya bukan kena bagi free tester. lu kena pakai pemanis. pergi jumpa bomoh.

baru melayu..

yuyu lar said...

haiya..anon,jgn weh..klo ko jumpe bomoh nnt x berkat weh ko niaga nih..sume tu rezki..hehehhee..memang patot la pakai kopiah raihan.klo aku ni pompuan kena pakai tudung yuna gamaknya klo jual tudung...

aloy_paradoks said...

Abang ni cakap macam Donald Trump la...

nur hidayah isa said...

baru tau pasal songkonk umno dan pas tu..hoho...

aah berniaga pasar malam mmg laku...satu malam leh cecah 500..tgk gak la barang apa yg dijual..kalo kat uptown lagi laku kot...ada org leh cecah ribu kot...kayo pak cik..