Friday, May 6, 2011

Gua dan kemalangan jalan raya

Hari ini, buat pertama kali dalam hidup gua, gua eksiden kereta.

Bukan gua langgar orang, tapi orang langgar gua. Tempat kejadian adalah betul2 depan One Cafe Jalan Tar.

Apek tu bantai bontot kereta gua sebab dia tertido. Gua hangin gua keluar, gua amik ic dia, gua suruh dia bawak kereta pergi tepi, nak kasi settle. Lepas tu gua pun bawak kereta gua pergi tepi tunggu apek tu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kereta apek tu tak sampai2. Gua pun jenguk. Gua perhati dari jauh macam dia tak bergerak. Gua cakap, takkanlah langgar gua dia boleh mampos? Tadi elok je dia mintak maaf dengan gua. Ah! sudah, kalau dia mampos, panjang gila cerita gua. Gua dah lah nak pergi tengok wayang ni. Celaka betul!

Gua lintas kesibukan jalan tu, jalan dah jam gila sebab kereta apek ni tak gerak2. Gua pergi dekat dia, gua ketuk2 cermin kereta dia. Na'aram! Dia boleh sambung tido! Baik punya mulut ternganga.

Apek tu bangun dari tido, terus mati enjin, keluar kereta, siap tekan remote lock kereta tu. Ya! dekat tengah2 jalan tu.

O.k, sampai tu saja mood gua nak bercerita. Panjang lagi sebenarnya tapi gua mengantuk.

Tata! Ta8 care!

6 comments:

MOFASAD said...

kesian kereta abang mutalib uthman

Abi-iRFAN said...

lu punya tata tu ok dah, tapi 'ta8 care' tu dah macam gay je gua tengok.

Amalina said...

ngantuk sangat kot die.haha!

Amir Ariff said...

dia layan UCL kot. tu yang ngantuk.

Aza Aziz said...

Begok punya apek . Haha .

StingRay said...

Nak komen pasal apek.Tapi ternampak pulak gambar profile mofasad.

Jahanam sungguh.Lenguh pipi tahan sengih.