Wednesday, May 4, 2011

Gua dan peraduan

Seumur hidup gua, gua tak pernah nak hegeh masuk peraduan apa2.

Peraduan teka kacang dengan teka bijik labu time hari kantin sekolah pun gua pandang enteng sebab gua tau luck gua dalam peraduan2 ni memang takde. Luck gua lebih ke arah, masuk mall terus dapat parking; duit dah takde langsung, pergi cucuk duit tiba2 ada ribu2; bangun2 tido, tiba2 ada nasik dekat sebelah; kiranya bab camtu, gua memang ada luck.

Hari apa tah, ada seorang makcik call gua. No. dia pulak, no. area gua. Selalu no. area gua ni, kalau tak Astro call mintak hutang sure Telekom Babi call, juga mintak hutang. Tapi kali ni lain, makcik tu cakap, gua menang cabutaun bertuah. Gila babi apa gua menang, dalam hati gua berdetik mengatakan ini semua scam, makcik tu cakap gua menang hadiah, lepas tu gua terpedaya, gua hepi2 pergi ambil hadiah tu, gua terpedaya kena dengar ceramah MLM setan, dan akhirnya gua kena bayar untuk hadiah yang setan2 tu kata gua patut menang tu. Ala, gua selalu baca Metro, gua tau lah taktik keji macam ni.

O.k, rupanya gua silap. Gua mintak maap sebab bersangka buruk dengan makcik tu. Kali ni gua menang betul. Gua dapat no.3. Hadiah dia percutian 3 hari 2 malam ke apa jadah resort tah, tapi bapak power resort tu, kalau ambil air dalam peti ais dia, confirm kena charge lebih, plus pagi2 sure ada orang bagi surat khabar free, power tak power la, dan gua kena pilih antara Redang, Lang Tengah ataupun Pulau Sibu, gua baru tau, dekat Mersing.

Babi tul, tiba2 gua malas pulak nak menulis. Cukup sampai sini aja, gua nak makan nasik.

Yang dok tengah tu, semua menang hadiah saguhati je. Lu nampak amoi baju biru tu? Dia menang Ipad. Celaka betul, dia cakap dia menang sebab dia curi masuk wi-fi.

Lupa nak cerita, gua menang sebab gua termasuk peraduan ni time gua nak beli aiskrim.

5 comments:

bact said...

perghh
hadiah masyuk gila..
priceless..

afrohead said...

macamana lu boleh kena cabutan bertuah tiba-tiba pulak?

Amalina said...

kau percaya yang kau tipu.

areleaf said...

dunia dah makin teruk..orang macam lu pon boleh menang cabutan bertuah..

Sang Harima said...

Kasut Justin Bieber tu.