Friday, May 20, 2011

Sabahlicious!

Ini benda yang gua lantak sepanjang 3 hari di Sabah. Ya, makanan di Sabah banyak yang mengecewakan, tapi yang gua buh gambar dekat bawah ni, kira antara yang terbaik di Sabah yang gua makan. Orang lain punya selera, gua peduli apa!


Roti Kahwin cicah Kopi Tenom - Beach Street, KK

Nasi Mbak - Likas
Nasi ini hanyalah nasi putih, 2 ketul sayap dan satu sup kosong.
Itu pun sudah cukup menyelerakan. Harga: RM3.50

Jagung bakar - Kudat
Jagung ini di bakar dengan kulit2nya sekali. Takde garam,
takde mentega.
Boleh didapati di dalam perjalanan ke Tanjung Simpang Mengayau.

Roti Kobra - Restoran Islamic Kampung Air, KK.
Roti tampal dengan kuah daging ular senduk. Sedap!

Sayap ayam - antara makanan paling top di Sabah.
Ini gua makan dekat Kundasang, padahal setiap ceruk bumi Sabah ada benda ni.
Model: Abang Lucius.

Siput Tarik - Gayang Seafood, Salut.
Siput ni lu kena tarik keluar dulu isi dia, saingan terdekat siput sedut.
Menatang ni takde dekat semenanjung, so kalau lu pergi Sabah, lu kena try.

Ikan bakar, Sotong bakar dan Udang Bakar - Pasar Filipina, KK
Gua berani kerat tangan la, takde tempat dekat semenanjung jual ikan bakar stail macam ni.

Lobster - Pasar Filipina, KK
Harga dia dari RM50 ke RM100.
Gua tak makan pun, time ni gua dah kenyang makan Nasi Mbak. Celaka betul!

7 comments:

afrohead said...

daging ular senduk?

Timun Laut said...

aku jadi lapar bila baca entry ini.

sekian.

alien said...

sedap ooo
sedap oooo
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

StingRay said...

Jual lobster macam jual apam balik!

Pasar malam sini bukan main susah yarabbi nak jumpa.

Terliur.

TunjukSatuJari said...

siput tarik? pergh! buah ati gua sepanjang zaman. restoran cina kat sandakan ada banyak.

ayob said...

mut, orang cakap babi sedap. betul ke?

farizul uda said...

apehal kau tulis macam nak marah orang. terguris hati aku woo..