Tuesday, June 28, 2011

Buku2 power yang boleh didapati di Pesta Buku Selangor





Setan, gua lupa nak bagitau pada sekalian hamba2 tuhan. Kalian boleh dapatkan ke empat-empat buku terbitan dan cetakan gua ni di Pesta Buku Selangor yang telah dok ada sekarang ni.

Menatang tu berlangsung di Shah Alam Convention Centre. Alah, bangunan depan Kompleks PKNS tu.

Macam mana nak dapat buku2 ni?
Lu orang pergi booth no. N22. Dari pintu masuk, kona kanan, terus sampai hujung, tengok no. N22. Dekat situ terletaknya booth FIXI, dan ke 4-4 buku ni terjual di situlah. Paham?

Kalau dah paham, bilamana datang tu bawaklah duit banyak2. Tak payahlah beli buku lain. Dorang semua tu dah kaya. Belilah buku-buku yang gua terbitkan ni.

Petak tu baru je masuk U nak pakai duit banyak.
Nizamsani pulak dah berapa tahun dia tak naik gaji.
Aloy Paradoks memang semua maklum lah, dari dulu lagi tak pernah ada duit.
Rokes tu pulak, lu orang tengok la Pipi tu, berapa sen sangat duit dia dapat jual burger tu.

So, orang-orang macam ni lah kita kena tolong. Bukan orang macam Sufian Abas tu, rumah pun dok rumah sendiri. Kaya tak kaya lah.

Jangan lupa ye, datang dan beli. Supportlah mereka-mereka ini dalam meneruskan hidup.

4 comments:

irsyad qoqo said...

Macam mana dengan harga?

Latifah said...

bro, buku ROKES aku dah pos belum? :)

aloy_paradoks said...

terima kasih abang, sy sayang abang..

al-jambz said...

kakaka. ok luca, ok. gua beli nanti.