Monday, October 10, 2011

Fokus pada solusi, bukan fokus pada masalah.

Fokus pada solusi, bukan pada masalah ni adalah antara pedoman hidup gua.

Gua sudah berjaya selesaikan isu dekat mana gua nak tinggal sekarang ni. Dulu gua ura2 nak pindah Damansara Perdana atas niat nak dok sebijik rumah sendiri sebab nanti senang ma gua nak datang melepak di Kuala Lumpur.

Tetapi perkara ini gua pikir balik, Ma gua bukan datang hari2 dan busuk2 pun dia datang 3 bulan sekali. Oleh itu gua rasa tak perlulah gua cari rumah sebijik rumah yang ada sampai 3 bijik sebabnya gua duduk sorang2 je pun. Eloklah gua duduk rumah yang ada sebilik je, lagipun kalau sampai ada 30 bilik, gua nak buat menda?

Gua juga tak perlu cari rumah yang jauh dari pejabat gua sebab menyusahkan gua nak pergi opis gua.

Jadi solusinya, gua hanya perlu cari rumah biasa2, semestinya bukan flat dan paling penting bukanlah persekitaran yang kotor. Rumah yang gua sewa tu, bolehlah gua jadikan tempat persinggahan hujung minggu atau tempat gua nak melepak untuk lari dari tekanan kerja dan yang amat pasti, tempat itu bukanlah di Faking Pajam.

So, misi mencari rumah bermula. Benda setan ni dah berapa lama gua cari dan gua nekad nak cari sampai jumpa sekarang ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

StingRay said...

Aku dah lalui macam hang.Susah sungguh nak cari tempat tinggal sekarang.

MushroomCute@Mariea said...

ingat dah jumpa...good luck!!