Friday, October 7, 2011

PMR 1997

Ah, semua orang nak tulis pasal PMR gua pun nak tulis pasal PMR.

Gua satu sekolah dengan Pidomat, boleh baca kisah hero dia kat sini. Berbeza dengan dia, gua kelas last2. Tak pernah merasa dok kelas depan2. Berapa banyak kelas khas gua kena masuk, antaranya untuk inggeris dan bahasa arab.

Pernah satu kali tu, cikgu matematik gua, Cikgu Hashim bagitau dekat gua, "kalau macam ni punya teruk, matematik ni kamu dapat C pun saya dah mujur." Hasilnya, gua dapat A.

Tu pun bukan sebab belajar, sebab gua meniru. Member gua yang lagi seorang konon2 handal, Nazrein nama dia, dapat B, tapi dia ni sekarang kerja Penolong Pengarah Pejabat Tanah Negeri Perak.

Kalau bab paper Arab lagi teruk. Gua memang benak Arab ni. Masa tu gua amik paper ni sebab terpaksa. Ustaz gua pulak cakap arab ni bahasa syurga. Kalaulah time tu dia cakap, "awak belajar arab ni pandai2, nanti boleh kerja dengan kompeni besar kat Arab, takpun kerja dengan Al-jazera dekat KLCC", sure gua dah belajar arab sungguh2. Ini tidak, jadi gua yang percaya jika kita masuk syurga automatik akan terror bahasa arab, maka gua takde sungguh2 sangat belajar bahasa tu, ya, 5 tahun gua belajar, haramjadah apa gua tak tau.

Paper arab ni macam paper pemahaman Bahasa Melayu UPSR, depan dia ada artikel, dia ada tanya soalan berkaitan artikel tu. Cara gua senang nak jawap soalan2 ni. Gua tengok ayat dekat soalan tu, lepas tu gua cari ayat tu dekat dalam artikel. Bila dah jumpa, gua salin satu perenggan. Mudah bukan? Sipi2 sure kena punya.

Lepas tu, ada pulak soalan pesen dia bagi satu perkataan, kita kena buat ayat berdasarkan ayat tu. Ini pun senang je, contohnya dia bagi perkataan "ainun". Gua pulak tak tau apakejadah "ainun" ni, jadi gua buat ayat macam ni, " saya menulis perkataan 'ainun' di papan hitam", kiranya macam tu lah tapi dalam bahasa arab. Ada sepuluh perkataan dia bagi, 10-10 gua buat macam tu. Handal bukan.

Tak abis lagi, ada macam2 la, ada iqrob, ada apatah yang gua tak pernah tau sampai sekarang, tapi last sekali, dia suruh kita tulis karangan. Ah, ini lagi satu kerja senang. Biasanya gua memang haram tak tau karangan apa la paper ni suruh buat tapi menggunakan akal fikiran gua yang bijak bistari ni, gua buat satu tindakan pintar. Untuk tulis karangan ni, ingat tak soalan mula2 tadi, kita kena jawap soalan pemahaman berdasarkan artikel dia bagi? Ingat? Jadi apa yang gua buat, gua salin artikel tu sebagai karangan gua. Kena tak kena tajuk gua peduli apa, janji kertas gua tak kosong.

Hasil gua buat semua tadi tu, gua dapat D untuk paper arab. Kah kah kah!

Gua memang malas belajar. Cara gua belajar adalah gua akan duduk dekat2 orang belajar, gua dengar je dorang cakap apa. Kalau nak harap gua baca buku tu sendiri, jangan haraplah. Ntah menda gua buat time form 3 tu pun gua tak tau.

Tapi adik2 sekalian, macam gua pernah cakap sebelum2 ni, PMR ke, SPM ke, bukanlah penamat bagi segalanya. Lu boleh tengok nama2 yang Pidomat sebut tu, semua2 dorang tu memang pandai dekat sekolah gua. Ada belajar sampai oversea, dapat anugerah macam2. Berbeza dengan gua, cikgu Prinsip Akaun pernah panggil gua Panglima Setan dan ingat cikgu matematik gua tadi tu? Cikgua Hashim pernah cakap juga, "Saya tak halal ilmu matematik yang saya ajar kat awak kalau awak buli anak saya", yang celakanya, gua memang buli anak dia pun. Ada juga awek sekolah gua cakap dekat member gua, kalau nak kapel dengan dia, member gua tu takleh berkawan dengan gua. Celaka punya awek. Awek tu sekarang jadi cikgu dekat seksyen 7, member gua tu pulak jadi pensyarah dekat UiTM Dungun. Tak kawin pun dorang. Padan muka.

Dengan semua2 tu, satu je gua boleh cakap sekarang, dorang tu semua kena susah payah bangun pagi2, menempuh jam, kena bodek bos, kena jadi hamba kapitalis, dan gua pulak, sekarang ni baru je bangun tido, tengok orang semua tulis pasal PMR, gua pun nak tulis. Yang celakanya, mujurlah arini gua bangun awal, selalu gua bangun pukul 1 petang, dan selalunya gua kelam kabut la sebab baru teringat hari ini hari Jumaat.

Walaupun UPSR ke, PMR ke, SPM ke, dulu gua buat macam gampang, tapi kini gua bersungguh2 buat apa gua buat sekarang. Kalau dulu, nasib kita ditentukan oleh cikgu yang right paper kita, pemeriksa yang check paper exam kita, lecturer yang bagi markah dekat assignment kita, tapi sekarang ni semua di tangan kita. Ya, ya gua tahu, kita merancang dan allah juga merancang, tapi rancangan allah adalah terbaik. Tapi sekarang ni gua cakap, apa yang kita sendiri boleh tentukan, kalau nak jadi setan, jadit setanlah kita.

Benda ni gua penah tulis dulu, pesan abang pada adik2, tak payah belajar pandai2. Belajar untuk hidup je pandai2. Kalau belajar tinggi tapi last2 sekali jadi macam Nik Adam pun tak guna juga. Ingat tu.

Celaka, dari start gua menulis gua nak ingat berapa gua dapat time PMR ni, gua lupa sial. Ah mamposlah, tak penting pun.

11 comments:

Nabila said...

hahaha.. bahase arab gua D gak. tp gua rajin sket dari lu. gua hafal satu karangan awal2.time paper,gua salin balik ape yg gua hafal. tp sekarang,gua masih jadi kuli org. haih.

FdausAmad said...

Astaghfirullah..

Bukan iqrob la..i'rob..i'roobb!

kahkahkah

kalau dengan ustaz amin ni lu dah kena mutakhoyyir dah ni.

Luca said...

Wow! Abang SembangKencang komen dekat blog I la...

Penggggsannn....

Anonymous said...

hensem x abg kencang tu?

MushroomCute@Mariea said...

Ingt satu perkataan sampai sekarang..'Jumjummatun' hehehe..

Mcm tergiang2 suara ustazah bahasa arab tu plak. Aisk cam no nak suruh diam ni?

"Ainun - Mata!"
"Roksun - Kepala!"

pakkordi said...

Pidomat declare dia 9A. Aku baca sampai habis entry ko ni, takde sepatah habuk pasal berapa result PMR ko.

Appa ni?!!

kueh bakar said...

fuh pjg..

jadilah apa kita nak jadi.

gadis jelita said...

hmm..tak setuju..kena la blaja rajin2...klu result tak bagus mmg la boleh hidup senang gak, tp susah nak sampai jadi senang tu.kalau result bagus kan senang je nak jadi senang..

Anonymous said...

poyo

Aie Isa said...

gua juga ambik arab secara terpaksa.
dan gua juga dapat D.

Lisa Surihani said...

I paling suka entri ni. Jujur sangat-sangat!