Wednesday, October 19, 2011

Ke Bandung

Semenjak gua dah whitelist ni, gua dah boleh pergi kemana yang gua suka. Semua bergantung kepada masa dan wang sahaja.

Besok gua akan ke Bandung. Segala urusan duniawi akan gua tinggalkan untuk tujuan ini.

Balik dari Bandung, gua akan launch buku terbaru DuBook Press, ah, DBP bukan macam Selut, deme orang kaya, sekali keluar sampai 4-5 bijik buku. Kami keluarkan buku kalau kami rasa kami nak keluarkan je, ye lah sembang kencang2 kang, tak keluar jugak buku, mana gua nak letak maruah gua?

Oh ya, satu perkara lagi, buku Sembang Kencang 2 juga akan diterbitkan dibawah DuBook Press.

Inilah namanya diam2 ubi berisi.

Nak jadi penulis untuk SELUT PRESS? Klik sini.

DuBook Press takde imprin2 tu semua, kalau terbit apa yang gua suka nak terbit, contoh macam buku Petak dan Nizam Sani. Print pun tak ribu2, ratus2 je, yelah, kami terbit buku bukan untuk jadi kaya, kami terbit sebab nak bagi orang lain senang hati jew.

Lagi satu, walaupun buku Menengok Tanahair tu kelam masa depannya, tapi kami yakin buku tersebut akan juga dikeluarkan hatta 3 muka surat sahaja sekalipun.

O.klah, sampai sini sahaja, sekarang ni gua tengah gila jual produk2 gua sendiri, dah jadi Dr. Rozmey nanti, barulah gua boleh buat sesuka hati, membeli Selut Press misalnya. Moga tuhan merahmati apa gua buat sekarang ni.

Amen.

5 comments:

ahmad azroei said...

apa bikin kt bandung bro?

Wadi AR said...

sonok lu berjalan jalan

aloy_paradoks said...

hai....

ore kelate said...

whitelist tu gapo dio?

Anonymous said...

awal yang baik