Monday, October 24, 2011

Muamar Gadafi

Gua dapat tahu Muamar Gadafi mati kena tembak masa gua tengok berita dekat Bandung. Sikit2 la gua paham, dan itulah hasilnya dari menonton sinetron.

Pendapat gua, bangsa Arab dan Afrika semoleknya diperintah oleh diktator. Kita lihat apa jadi pada Iraq, dah bertahun Saddam mati tapi negara dorang masih macam celaka. Elok lagi time Saddam Hussein jadi Presiden.

Pasal Libya ni gua takde lah tau sangat, yelah membaca pun malas, tapi gua quote apa yang Libyaman katakan di SINI,
"Gaddhafi memang zalim, tetapi sezalim dan sejahat Gaddhafi adalah sebaik-baik imperialist Barat. Gua sangat pasti, rakyat Libya akan menyesali apa yang telah terjadi."

Ya, gua juga pasti yang Libya akan jadi seperti Iraq, tidak tenteram dan berebut kuasa hingga ke beberapa tahun. Ah, Libyaman tu berapa tahun dia dok Libya tu, takkan lah dia nak tulis seronok2.

Macam hujah yang selalu gua pakai, zaman nabi mana ada demokrasi terpimpin ini semua, dan sebab deme2 ni ketegaq la, tuhan turunkan nabi dekat bumi Arab.

Dok gitu?

3 comments:

SM said...

ya, gitu...

SELUT PRESS said...
This comment has been removed by the author.
aloy_paradoks said...

benda yang sama dengan apa yang orang lain dah cakap banyak kali dari dulu. Nak cakap lagi buat apa.