Friday, January 27, 2012

Perihal Cuti Di Malaysia

Gua rasa hal percutian di Malaysia ni dah tak betul. Kalau selalu sangat cuti, bilalah orang nak jadi lagi produktif.

Mula2 aritu cuti Krismas, kerja berapa hari je terus Cuti Tahun Baru, kerja sekejap je ada pulak Cuti Tahun Baru Cina. Lepas dalam tak berapa hari ni Cuti Hari Wilayah pulak. Lepas tu sambung cuti Maulidur Rasul. Belum masuk lagi cuti harijadi raja2, pertabalan YDPA dan cuti hari sukan sekolah.

Gila babi lah. Cuti bersepah, lepas tu komplen gaji tak cukup.

Kerja sekejap, cuti lama, duit abis time cuti, pergi sana, pergi sini, jalam jam, yang kaya tokei minyak dan tokei tol.

Nak2 lagi, cuti ni pergi Melaka. Ntah apa benda yang best dekat Melaka tu pun gua tak tau.

Gua harap daripada kerajaan sibuk nak buat akta itu akta pekerja ni, sibuk hal gaji pekerja itu, pekerja ini, baiklah kerajaan ambil berat sikit hal cuti ni. Nak jadi negara maju mana boleh banyak2 cuti.

Gua kalau jadi kerajaan, gua bagi cuti sikit je, tapi waktu kerja gua pendekkan supaya pekerja2 ni dapat rehat yang cukup. Barulah setiap hari deme ni berpikir dan tak jadi lembap macam akak2 yang jaga kaunter, jaga kaunter muka sombong lepas tu komplen gaji tak naik2.

Wahai rakyat Malaysia yang bekerja, lu orang buat je kerja lu orang betul2, elok2. Kalau lu buat betul2 dan elok, automatik orang akan nampak dan hargai dan automatik gaji pun orang boleh bagi naik. Kalau orang tak nampak pun, tuhan nampak.

Ke lu orang semua dah tak percaya tuhan?

5 comments:

Rin said...

tiba-tiba aku setuju dgn kau.

SM said...

gua nak tambah boleh?
"...macam akak2 yang jaga kaunter, jaga kaunter muka sombong mintak penumbuk padu..."

Lady Windsor said...

seb baik gua workoholic!

Telor Power said...

wa lebih rela bertemu pak gad dari aka2 yg kerja dikaunter tu.

Anie said...

melaka ohsem taw