Monday, January 30, 2012

Solat

Kau tahu tuhan bagi rezki mencurah2. Ah, tak payah cakap pasal rezki la. Tuhan bagi kita sedut oksigen ni pun patut gua dah kena bersyukur.

Dan gua pun tak paham kenapa gua susah betul nak solat full. 5 kali sehari, dan paling setan kadang2 gua segan pulak nak bersolat bila dok dengan kawan2. Takut kawan2 mengata gua bersolat. Ini perasaan paling bangang gua ada. Patutnya depa la segan tengok gua bersolat.

Oleh itu, gua harap mulai besok, gua akan solat full tak kira dekat mana dan paling utama, bangun solat Subuh.

Moga tuhan permudahkan segala urusan.

14 comments:

kueh bakar said...

sama jugak kita malu nak tadah doa bila nak makan. takut kawan/org tgk..

tapi bila tgk movie omputeh berdoa sebelum makan kita tak rasa pulak mereka buat suatu yang memalukan...

sama la.semoga solat penuh sehingga mati..

Telor Power said...

amin...

Lady Windsor said...

Gua doa lu mampu lawan setan, boleh solat full...

Anie said...

Me too.. ;(

sid sienna said...

InsyaAllah. Dunia akhir zaman nie mmg benda baik tu mcm taboo cos kite dh terbiasa dgn dosa. :)

atan said...

Alhamdulillah. amin.

pakkordi said...

Keluar tiga hari ikut jemaah tabligh la. Panas kan badan skit.

Luca said...

orang tabligh ni segan dengan aku, jambang aku lagi lebat dari dorang setengah2 tu..

Anonymous said...

everyone want to go to heaven, but no one wants to die...

jadi solatlah

Anonymous said...

setan pun menyerupai macam-macam... macam tok imam ada, macam tok siak ada... macam budak gangster mengaku nak jadi baik angkat bakul sendiri ada...

CikSelampit said...

meh aku tolong kejut,nak?

Anonymous said...

luca..sebelum tido ambil wuduk,baca 3 kul,pastu niat nak bangun subuh.InsyaAllah berjaya bangun subuh.Petua mudah ni.Aku pun jarang buat.Sama2 la kita usaha.Kalau ko mampu bangun..aku pun naik semngat..

Anonymous said...

bagoss!! ini mcm la bro..

Anonymous said...

try start dengan isyak dulu