Wednesday, March 14, 2012

Kerja Kosong

Gua tau kalau gua post pasal kerja kosong, post itu akan jadi senyap sunyi, tapi gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya bukan?

Kompeni yang gua kerja tengah cari orang nak buat marketing.

Kalau kata marketing tu orang itu mestilah berkebolehan untuk berjumpa dan mengendalikan pelanggan melalui telefon atau ketika berjumpa dengan pelanggan dan juga boleh bercakap dan menyampaikan mesej dengan baik.

Itu je gua mintak, kalau belajar tak tinggi tapi boleh buat benda ni, cukuplah.

Gaji? Gajinya mudah sahaja. 10% dari sales korang. Kalau sales RM50,000 korang dapat RM5,000.

Semudah itu. Kalau bangang jugak, jangan mintak.

4 comments:

Abang Zam said...

abang berminat. macam mana yek?

afiq. said...

bagi details sikit bro luca. part time student marketing mcm aku ni boleh apply x? bulan 5 ni aku dah grad.

email aku kat afiqharon@hotmail.com

TQ!

Anonymous said...

gaji ikut sales ke? xde gaji pokok? xde sales xde gaji? tanye aje...

Luca DK said...

Kalau berminat, tinggalkan emel, nanti partner gua kontek.