Monday, March 12, 2012

Subuh

Dah lama betul rasanya gua tak rasa keheningan waktu Subuh. Waktu bertukarnya malam ke siang, waktu yang sejuk, waktu matahari baru nak menjenguk muka.

Memori terakhir dalam fikiran gua tentang keheningan Subuh ni, yang masih jelas dalam fikiran gua adalah masa gua darjah 5.

Masa tu gua duduk di Gua Musang. Hijau lagi tempat tu. Gua sekolah pagi, rasanya pukul 6 gua dah bangun. Saat yang gua paling ingat bilamana gua duduk di tangga rumah, menunggu van sekolah gua datang amik. Van yang gua naik tu milik Cikgu Nik, van Econovan kaler maroon. Cikgu Nik adalah cikgu sekolah gua, dan membawa pelajar ke sekolah adalah side income dia. Masyuk betul, dengan jadi cikgu, dengan mengajar lagi.

Walaupun ma gua mengajar sama sekolah dengan gua, gua tak berapa ingat kenapa gua tak pergi sekolah sama dengan dia time tu. Mungkin sebab gua kena masuk sekolah awal. Ntah.

Gua tunggu di tangga, pakai stoking, pakai kasut Sparx. Gelap subuh masa tu. Sejuk. TV3 hari tu adalah hari pertama mereka bersiaran pagi. Aziz Desa jadi Mat Cermin time tu dengan lagu latarnya lagu M. Nasir. "Yang jauh kita rapat2 kan, yang rapat kita serasi serasikan", itu ayat yang selalu Mat Cermin cakap, seingat gua.

Gua tunggu di tangga, tunggu sampai van Cikgu Nik sampai. Sekolah gua kira2 5 kilo dari rumah gua. Gua tak tau kenapa gua tak berbasikal ke sekolah. Seingat gua, nak ke sekolah gua kena daki satu bukit, tinggi betul bukit tu, sepanjang bukit tu adalah perumahan pekerja Felcra dan Felda. Abis bukit tu, kena lintas satu jalan besar, jalan ni adalah jalanraya yang orang selalu gunakan ke Kuala Lumpur. Lepas tu, kena ikut jalan biasa, jalan biasa di Gua Musang ni penuh dengan lori balak. Mungkin sebab itu kot gua tak naik basikal pergi sekolah.

Van Cikgu Nik tak sampai lagi, gua tunggu di tangga. Lampu di luar dipasang. Rumah gua ada jual aiskrim Malaysia. Mana2 air milo yang gua tak abis minum, gua letak dalam plastik panjang kemudian buh dalam peti ais belah atas. Aiskrim asam boi lagi mudah, buat air gula dan masukkan sebiji asam di dalamnya. Bonus kalau ma gua buat bubur kacang, yang tak abis tu gua jadikan aiskrim. Gua jual pada harga sekupang. Jiran gua lagi canggih, dia ada mesin gula kapas. Tapi gila apa subuh2 nak makan aiskrim takpun gula kapas? Last sekali gua dengar jiran gua tu, bini dia mati kena kanser. Al-fatihah untuk dia, nama dia gua tak ingat.

Tunggu di tangga. di luar masih gelap, udara sejuk. Kalau Cikgu Nik amik lambat, di tv, Mat Cermin akan digantikan dengan Mat Teropong. Mat Teropong ini adalag Hasbullah Awang, ya, yang sekarang ni sejak pencen sebagai Mat Teropong, giat mengulas acara sukan di TV1. Dia akan menggunakan teropongnya untuk meneropong keadaan semasa dunia. Gua tak ingat sangat time tu ada perang apa tapi yang aku pasti Perang Teluk dah tamat time tu.

O.klah, van Cikgu Nik dah sampai. Gua kena pergi sekolah.


Tata!


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

KETUAT DI KAKI said...

setail penceritaan lu nh brader!

Si Gile Dan KeGILAannye said...

aik..?

bact. said...

terasa macam aku sama2 tunggu cikgu nik dgn ko je.

kahkahkah

StingRay said...

sejak bila buat perangai bercerita secara comel ni?

haha.

atan said...

lu pandai la cakap Kelantan ye dok.