Saturday, July 21, 2012

Kenapa saya solat terawikh 8 rakaat je malam semalam.

Malam semalam adalah malam pertama orang berterawikh.  Aku pun tak nak ketinggalan juga.  Aku memilih untuk berterawikh di Masjid Sungai Penchala sebabnya masjid tu dekat dengan Mie Chord.  Aku memang teringin sangat nak makan Mie Chord ni. Ketiau dia, bapak punya sedap. Try lah. Usah risau, telur ayam dibasuh katanya.

Abis solat isya' ada satu pakcik, aku syak dia pengerusi jawatankuasa masjid bagi ucapan. Bagi ucapan saja dekat setengah jam.  Setengah jam ni kalau dekat masjid kampung aku, Kampung Sempeneh Chempaka, aku rasa dah abis pun 8 rakaat. Imam kampung aku tu baca bapak punya laju. Al-fatihah senapas. Sebab laju tulah, imam ni pernah terlupa baca fatihah time solat sunat Aidilfitri. Tahun bila aku tak ingat tapi itulah sepanjang hayat aku, aku solat sunat Aidilfitri 2 kali. Laju tak laju lah imam ni.

O.k, berbalik pada pakcik pengerusi masjid tadi.  Abis dia berucap, imam terus amik tempat.  Aku nampak ada senaskah al-quran depan imam tersebut dok atas podium.  Ah sudah, aku cakap.  Ini mau satu rakaat satu page ni.  Dan bila selepas Al-Fatihah, imam start dengan Alif Lam Mim, aku dah tau apa aku perlu hadap malam ni. Aku yang berkobar-kobar nak buat 20 rakaat tadi, kendur terus semangatnya sebab pertimbangan aku, masjid ni banyak orang2 tua, jadinya dia akan baca ayat2 lazim je dan nampaknya aku silap. Setan dah diikat tapi iman aku masih belum kuat nampaknya.  Aku sebenarnya cuba positifkan diri, boleh ni sampai 20, tapi bila lagi nak dekat 8, khusyuk dan ikhlas aku nak buat 20 rakaat tu makin kurang.

O.k, nak dijadikan cerita.  Bila dah masuk rakaat keenam, time tengah berdoa tu, aku boleh terpandang pulak makmum sebelah aku terbersin sambil tangan menutup mulut.  Ah sial, aku boleh pulak nampak ada seketul taik idung melekat dekat tangan dia. Ah setan. Dia sapu dekat mana lepas tu wallah hu allam tapi dalam otak aku pikir satu benda tu, ini lepas abis solat terawikh ni karang, dia mesti nak salam aku.  Ini aku kena elakkan. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Takkan aku nak bersalam dengan tangan dia yang terpalit taik idung tadi?

Oleh itu, aku bulatkan tekad, abis je 8 rakaat, aku terus pergi makan Mie Chord. O.k, itulah sebabnya aku buat solat terawikh 8 rakaat je semalam.

9 comments:

Wadi AR said...

kalo tercalitkan pon sunnah.



selamat pose luca de dubook

::BudakaCamaTa:: said...

hahah...ini betul2 kelakar...:)

Anonymous said...

Sama dengan aku..org sebelah selesema kot..tengah solat pun terfikir camne la nanti nak salam dengan dia.tp nasib baik la dia buat lapan je..

pepol said...

hahahha,btw sedap ke mie chord tu?

ana said...

hahaha...ok la 2 wat 8..da sampai afdal dia..hehe

adam said...

kehkehkeh. Pemikiran lu jauh consider akibatnye.

nordin mahat said...

:) bagus punyer citer... tak apalah juga terus g mkn mie chord, tak lah melepak kat tepi masjid tu. ada setengah tu, buat 8 rakaat tapi bersembang tepi masjid merokok pulak tu.

ParkAir said...

haha kurang khusyuk dah jadinya. ikut la mana2 pun asalkan afdal.

ku2 said...

kisahnya!
maknanya lu tak la solat sebab Dia, ek..