Thursday, August 23, 2012

Al-Fatihah untuk Aloy

Aku tak pernah rasa sedih sangat bila ada kematian.
Seumur hidup aku, seingat aku, aku pernah lalui kematian opah aku, datuk aku, tok aku dan tok wan aku.

Opah aku meninggal di Mekah, ya, dia memang baik, tapi masa tu aku kecik lagi, tak ingat sangat.  Datuk aku lagilah, dia meninggal time bila pun aku tak ingat, aku tak berapa ngam dengan datuk aku sebab dia dah bercerai dengan opah aku. Datuk aku dok dekat Sungai Korok, Parit, aku takde langsung kenangan dengan dia.

Begitu juga bila tok aku meninggal. Time ni aku dah besar, aku tak berapa sedih sangat. Mungkin  sebab tok aku sakit lama sangat, aku rasa aku dah redho sama macam redhonya tok wan aku bila tok aku tu meninggal. Tok wan aku rilek je dok kat kedai sambil orang lain dok urus jenazah tok aku.  Lama sangat kot dia tengok tok aku sakit.  Itu yang aku rasa.

Tok wan aku baru juga meninggal.  Tahun lepas gamaknya.  Aku ni bagusnya tak ingat tarikh benda2 tak best yang jadi dalam diri aku.  Tok wan aku ni pun aku jarang borak.  Seingat aku, time aku kecik aku selalu rembat cekedis dengan kedai tok wan aku dan sebelum dia meninggal, adalah sekali aku bawak dia pi Pekan Batu Kurau.  Sepanjang perjalanan tu lah, ada kata2 nya yang aku ingat sampai sekarang.  Tok wan aku asal Patani.  Dia bercakap dialek Patani.  Aku kalau try ajuk, sumpah macam celaka jadinya, kadang2 kelakar. Antara bait2 yang aku ingat,

"Mu jangan jadi orang susah.  Jadi orang susah ni orang benci.  Dulu tok wan susah, semua orang benci."

Itu antara last benda dengan tok wan aku yang aku ingat.  Selain daripada tu, aku rasa, aku tak berapa ada kenangan dengan tok wan aku.  Dan bila tok wan aku meninggal, aku rasa biasa2 sahaja.  Temankan dia sepanjang malam sebab aku tak leh tidur.  Dulu2 aku cuak juga bila kena lalu semua tu, tapi dengan jenazah tok wan aku tak rasa apa2.  Mungkin kalau dia bangun pun, aku boleh sembang dengan dia, sebab dia tok wan aku bukan siapa2.

Itulah aku, tak pernah merasa apa2 kehilangan bila ada kematian.  Aku cuba sedih tapi gagal.  Ya, sedih bukan boleh dibuat2.

Tapi masa 2008, time tu hari raya ke-3, aku pernah rasa sedih yang betul2 sedih.  Sedih yang sampai aku betul2 bingung, tak tau apa aku nak buat dan aku pikir dunia ni memang kita takkan dapat sangka bagaimana perjalanannya.



O.k, aku tak dapat nak sambung. Al-Fatihah untuk Gemulah Aloy, satu-satunya manusia setakat ini yang aku rasa betul2 sedih bila dia takde.  

Aloy tak mati, dia cuma berpindah alam.

6 comments:

Anonymous said...

ayat paling pelik utk ako hari ni...

'pindah alam...'

al-fatihah...

Anie said...

Al-fatihah

SlacKerZ said...

alfatihah..
sdey lak bce entry ni..

bootunque said...

alfatihah..sedih doe baca entry ni...

ku2 said...
This comment has been removed by the author.
ku2 said...

Aloy tak mati, dia cuma berpindah alam.
sangat2 benar.
jika boleh ditambah, berpindah dari alam kematian kepada kehidupan yg abadi.